dailyvideo

Arah Guru Islam Buka Tudung – Mereka Semakin Berani Cabar Kesucian Agama Islam

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor (PPUNJ) hari ini melahirkan rasa dukacita dan membantah keras di atas tindakan seorang ahli jemaah Pengurus sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Nan Ya Telok Sengat Kota Tinggi yang telah mengarahkan seorang guru Islam supaya membuka tudung ketika mengajar selain memberi ancaman keselamatan terhadap guru tersebut.

Ketuanya, Hahasrin Hashim berkata, Pemuda UMNO juga merasa amat kesal dengan sikap berdiam diri Guru Besar sekolah terbabit yang seolah-olah merestui tindakan terkutuk itu.

“Sehubungan dengan itu, kita berpendapat bahawa hak seorang Islam untuk mengamalkan ajaran Islam telah dicabuli selain seolah-olah tidak menghormati Agama Islam sebagai agama Rasmi Negara. Tindakan tersebut juga telah membangkitkan kemarahan rakyat terutamanya penganut agama Islam di negeri Johor.

Untuk itu, saya mendesak Kementerian Pelajaran supaya mengambil tindakan tegas terhadap guru besar sekolah tersebut sesuai dengan peruntukan undang-undang sedi ada bagi memastikan kes seumpama ini demi tidak berulang lagi.

Saya difahamkan bahawa guru tersebut telah membuat laporan polis di IPD Kota Tinggi. Dengan ini PPUNJ juga mendesak pihak polis agar dapat memulakan siasatan segera dan membawa ahli Jemaah Pengurus Sekolah tersebut ke muka pengadilan berdasarkan peruntukan sedia ada di dalam Kanun Keseksaan memandangkan terdapat unsur-unsur ancaman ke atas keselamatan diri guru Islam tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan.  

Tambahnya, kes ini tidak boleh diselesaikan sekadar permohonan maaf dari pihak berkenaan kerana ia melibatkan keselamatan awam. Tindakan segera dan tegas perlu diambil demi memastikan keharmonian kaum di negara ini terus terjamin. 

Selari dengan amanat YAB Presiden dan Timb Presiden dalam Perhimpuan Agung UMNO yang lalu bahawa UMNO akan terus menjadi perisai agama Islam maka untuk itu, Pemuda UMNO Johor melihat perkara ini secara serius dan akan memainkan peranan bagi memastikan kesucian Islam tidak lagi diperkotak katikkan di Johor ini.

“Atas sebab itu, Pemuda UMNO Johor hari ini menawarkan khidmat guaman secara percuma kepada Guru beragama Islam terbabit yang disediakan oleh Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam). Selain itu, Pemuda UMNO Johor juga akan memastikan keselamatan guru terbabit dan ahli keluarganya sentiasa terjamin.

Pemuda UMNO Johor juga mencabar Pakatan Pembangkang khususnya PAS yang kononnya memperjuangkan Islam bagi menjawab isu ini. Tindakan berdiam diri PAS itu membuktikan yang mereka gagal dalam perjuangannya mempertahan kesucian Islam kerana terlalu tunduk kepada sekutu mereka iaitu DAP dan PKR. Saya berasa kesal kerana kerakusan PAS untuk berkuasa membuatkan mereka sanggup menggadaikan perjuangan Islam,” tambahnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenggara.

Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO Johor juga menyeru kepada semua pemimpin politik termasuk dari Pakatan Pembangkang supaya mencontohi kepimpinan Menteri Besar Johor, YAB Dato' Mohamed Khaled Nordin di atas ketegasannya dalam menjaga kesucian Islam.

Hal ini dapat dilihat dengan penukaran  cuti mingguan ke hari Jumaat, penutupan pusat hiburan yang menjadi sarang maksiat dan tidak membenarkan sebarang kasino beroperasi di Johor.

“Pemuda UMNO Johor menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar sentiasa hormat menghormati supaya keharmonian kaum yang kita warisi dari generasi terdahulu di negara ini dapat terus dikekalkan.


Semangat bersatu padu di kalangan rakyat berbilang kaum dan kepercayaan agama itu telah terbukti merupakan resipi kepada setiap kejayaan yang telah kita kecapi selama ini. Sama-samalah kita menolak pihak-pihak yang cuba menanam sifat kebencian antara rakyat. Semoga Malaysia terus maju di samping rakyatnya sentiasa hidup dalam suasana aman dan makmur,” ujarnya lagi.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 10:53 am. Fail ini . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Arah Guru Islam Buka Tudung – Mereka Semakin Berani Cabar Kesucian Agama Islam

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily