dailyvideo

UMNO Johor Mahu Jawatan Presiden Dan Timbalan Presiden Tidak Dipertandingkan


JOHOR BAHARU, 18 Ogos -- Umno Johor mahu jawatan presiden dan timbalan presiden parti tidak dipertandingan pada pemilihan parti Oktober ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ketetapan itu dibuat berdasarkan sokongan padu rakyat dan kemenangan yang dicapai pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Mei lalu.

"Dalam perbincangan secara umum, kita menerima hakikat bahawa dalam usaha mengukuhkan parti adalah wajar untuk tidak berlakunya pertandingan di peringkat presiden dan timbalan presiden," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno negeri di sini hari ini.

Mengenai keputusan tidak akan bertanding pada pemilihan parti akan datang
bagi memberikan tumpuan kepada kerja-kerja mengukuhkan parti di peringkat negeri, Mohamed Khaled berkata ini bagi memberi peluang kepada pemimpin negeri bertanding.

Ini juga sebagai platform bagi menjayakan semangat muafakat dalam kalangan pemimpin di negeri ini, katanya.

"Atas sebab itulah kita akan tentukan seboleh-bolehnya kurangkan persaingan antara pemimpin di negeri ini kerana apa yang penting pada waktu ini adalah usaha mengukuhkan parti berdasarkan semangat kerjasama," katanya.

Mohamed Khaled berkata pada mesyuarat itu, Umno Johor juga mahu kerajaan pusat memberi penghargaan kepada orang Melayu di atas sokongan mereka pada pilihan raya umum lalu.


"Kedudukan Umno berdasarkan sokongan orang Melayu...oleh sebab itu Umno Johor mahu kerajaan sentiasa menghargai sokongan yang diberikan kepada Barisan Nasional (BN) di samping tidak meminggirkan sokongan daripada kaum lain," katanya.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 10:32 am. Fail ini , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for UMNO Johor Mahu Jawatan Presiden Dan Timbalan Presiden Tidak Dipertandingkan

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily