dailyvideo

Program ‘Satu Daerah Satu Muzium’ Diwujudkan Di Johor


NUSAJAYA, 22 Ogos -- Yayasan Warisan Johor (YWJ) mengambil inisiatif mewujudkan program 'Satu Daerah Satu Muzium' sebagai usaha memelihara warisan dan budaya di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kesenian dan Kebudayaan Johor Datuk Zulkurnain Kamisan berkata program itu memberi keutamaan kepada daerah yang masih belum mempunyai muzium atau galeri dengan dimulai pembinaan Memorial Datuk Usman Awang di Kota Tinggi, Muzium Pagoh dan Muzium Diraja Bandar Maharani di Muar.

"Memorial Datuk Usman Awang kini dalam peringkat penyediaan pelan cadangan. Ia dijangka melibatkan kos berjumlah RM1.5 juta, dimulakan tahun depan dan siap pada 2016," katanya pada sesi penggulungan membahaskan titah perasmian Sultan Johor pada persidangan Dewan Undangan Negeri Johor hari ini.

Zulkurnain berkata Muzium Pagoh yang melibatkan kos RM17.3 juta pula kini di peringkat menunggu peruntukan, pengumpulan maklumat serta pengisian dalam muzium manakala Muzium Diraja Bandar Maharani yang melibatkan kos RM4.5 juta sedang dalam tindakan pelan cadangan.

Beliau berkata sehingga kini YWJ memiliki empat muzium iaitu Muzium Tokoh dan Galeri Seni di Johor Baharu, Muzium Kota Tinggi serta Galeri Datuk Onn di Batu Pahat.

Zulkurnain berkata YWJ juga akan menubuhkan jawatankuasa khas warisan negeri bagi mempertimbangkan monumen dan tapak bersejarah di negeri ini untuk tujuan pemuliharaan bangunan.


Beliau berkata pada masa kini terdapat 208 bangunan bersejarah yang dikenal pasti di seluruh negeri.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 2:30 pm. Fail ini , , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Program ‘Satu Daerah Satu Muzium’ Diwujudkan Di Johor

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily