dailyvideo

Pengurus resort mengaku beri kebenaran guna surau untuk meditasi


JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri akan mencari pendekatan terbaik bagi mengatasi masalah pemaju perumahan yang didapati gagal mematuhi syarat ditetapkan bagi membina rumah mampu milik di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, satu pasukan khas yang ditubuhkan baru-baru ini telah mengenal pasti syarikat-syarikat pemaju yang didapati gagal membina rumah bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana itu.

"Di Johor, kita telah letakkan syarat pemaju untuk membina rumah kos rendah dan mampu milik, tetapi kebanyakan daripadanya lebih memberi fokus kepada projek perumahan mewah yang lebih menguntungkan.

"Justeru, kita akan mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menghubungi syarikat-syarikat ini untuk mendapatkan kepastian sama ada mereka akan membina rumah kos rendah dan mampu milik atau sebaliknya," katanya semasa ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang, di sini hari ini.

Ditanya adakah pemaju perumahan yang gagal membina rumah mampu milik bakal dikenakan denda dan berapa banyak syarikat yang telah dikenal pasti, beliau enggan mendedahkan.

Kepada soalan sama ada syarikat pemaju berkenaan sengaja tidak mahu membina rumah mampu milik yang disyaratkan, Menteri Besar berkata: "Biasalah syarikat pemaju lebih suka bina rumah mewah untuk dapat untung lebih."

Mohamed Khaled berkata, kerajaan negeri mempunyai strategi tersendiri bagi mengatasi masalah rumah mampu milik termasuk membinanya di atas tanah kerajaan dan agensi-agensi milik kerajaan.

Kat beliau, pihaknya pada masa sama akan cuba mengatasi masalah populasi kaum yang tinggal di dalam kawasan bandar dan salah satu daripadanya dengan membina lebih banyak rumah mampu milik di kawasan-kawasan yang sesuai.

Beliau turut mengalu-alukan usaha kerajaan Pusat untuk memperluaskan Rumah Transit bagi membantu golongan muda yang bujang dan baru mendirikan rumah tangga untuk memiliki rumah di kawasan bandar.

Pihaknya juga akan menyediakan tapak yang telah dikenal pasti bagi membolehkan kerajaan membina Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk disewa kepada golongan sasar.


"Kerajaan negeri akan terus memberikan keutamaan dalam aspek perumahan termasuk rumah mampu milik di kawasan bandar memenuhi keperluan masyarakat pada masa akan datang," katanya. - Utusan

Dikemaskini oleh Johor daily pada 3:15 pm. Fail ini , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Pengurus resort mengaku beri kebenaran guna surau untuk meditasi

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily