dailyvideo

Pelan Pertumbuhan Strategik Ekonomi Untuk Wujudjan Keseimbangan Pembangunan Johor

NUSAJAYA, 22 Ogos -- Kerajaan negeri Johor akan memperkenalkan pelan pertumbuhan strategik ekonomi berdasarkan kekuatan sumber ekonomi yang terdapat di setiap daerah negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pelan itu dapat memperlihatkan usaha kerajaan dalam mewujudkan keseimbangan pembangunan negeri sekaligus membuktikan kerajaan tidak pernah meminggirkan pembangunan di setiap daerah.

"Tujuh daerah yang berpotensi telah dikenalpasti hala tujunya untuk  pembangunan melalui Rancangan Tempatan Daerah iaitu Johor Baharu, Muar, Batu Pahat, Kluang, Segamat, Kota Tinggi dan Mersing," katanya pada sesi penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri Johor ke-13 di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata Johor Baharu dirancang untuk dibangunkan sebagai pusat perdagangan dan perkhidmatan bertaraf antarabangsa, Muar sebagai destinasi pelancongan warisan, agro dan industri berasaskan kayu dan proguk kayu manakala Batu Pahat sebagai pusat perindustrian kluster tekstil dan sumber pertanian.

Beliau berkata Kluang pula akan dibangunkan sebagai pusat industri pembuatan, perkayuan dan pertanian moden, Segamat sebagai destinasi agro dan ekopelancongan, tanaman dusun serta pertanian, Kota Tinggi sebagai pusat pelancongan pantai dan semula jadi manakala Mersing sebagai pusat pelancongan berasaskan pantai dan pulau.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata kerajaan negeri sentiasa memantau prestasi dan perkembangan anak-anak syarikat milik kerajaan negeri Johor bagi memastikan berada pada tahap terbaik.

Beliau berkata beberapa anak-anak syarikat dilihat mempamerkan prestasi yang memberangsangkan dan ada yang perlu pengstrukturan semula.

"Johor Corporation telah mengambil beberapa tindakan proaktif bagi memulihkan divisyen perhotelannya termasuk perubahan struktur pengurusan serta penubuhan 'Special Administration Division' (bahagian pentadbiran khas) sejak awal 2013," katanya.


Beliau berkata pemantauan secara berterusan oleh divisyen itu dan langkah-langkah positif yang diambil telah menampakkan pertumbuhan aliran tunai yang baik dan hasilnya kadar penginapan hotel pada bulan Jun tahun ini meningkat kepada 71 peratus berbanding 49 peratus, enam bulan lepas.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 7:48 pm. Fail ini . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Pelan Pertumbuhan Strategik Ekonomi Untuk Wujudjan Keseimbangan Pembangunan Johor

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily