dailyvideo

MB Johor Bayangkan Tidak Bertanding Jawatan Dalam MT UMNO


PASIR GUDANG, 11 Ogos -- Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini membayangkan beliau tidak akan menandingi sebarang jawatan peringkat Majlis Tertinggi pada pemilihan Umno kali ini.

Sebaliknya kata Ketua Perhubungan Umno Johor itu, tumpuannya adalah kepada pentadbiran kerajaan negeri.

"Kalau naib presiden ni satu Malaysia. Jadi atas sebab itu saya akan memberi
tumpuan kepada Johor.

"Adalah tidak adil kalau saya ambil apa-apa jawatan tinggi tapi tidak mampu
beri perhatian dan sebagainya serta tidak adil kepada mereka yang memberi sokongan," kata kepada pemberita, di sini.

Mohamed Khaled yang ditemui ketika rumah terbuka Aidilfitri beliau selaku Anggota Dewan Undangan Negeri Permas di Stadium Tertutup Pasir Gudang,
ditanya sama ada akan bertanding sekali lagi untuk jawatan naib presiden seperti pada pemilihan lepas.


Mohamed Khaled dilantik Menteri Besar Johor pada 14 Mei lepas.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 8:06 pm. Fail ini . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for MB Johor Bayangkan Tidak Bertanding Jawatan Dalam MT UMNO

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily