dailyvideo

Lebih 3,000 Serbuan Ke Atas Premis Jalankan Aktiviti Judi

Gambar Hiasan
NUSAJAYA, 19 Ogos -- Sebanyak 3,294 serbuan dijalankan ke atas premis yang menjalankan aktiviti perjudian berkomputer bagi tempoh Januari-Julai 2013 di negeri Johor.

Daripada serbuan itu, seramai 1,351 orang yang terlibat dalam aktiviti perjudian ditangkap dan sebanyak 8,812 buah mesin perjudian dirampas.

"Dalam usaha berterusan membanteras aktiviti pusat hiburan bersifat perjudian di negeri Johor, pihak berkuasa tempatan sentiasa bekerjasama dengan agensi lain yang berkaitan seperti polis, pejabat daerah dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan," kata anggota Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor Datuk Latiff Bandi.

Daripada operasi bersepadu itu, katanya, didapati terdapat kegiatan mesin judi yang berselindung atas nama pusat hiburan keluarga atau kafe siber.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Yeo Tung Siong (DAP-Pekan Nenas) mengenai tindakan kerajaan negeri dalam menangani pusat hiburan berkomputer bersifat perjudian di Johor pada persidangan pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-13 hari ini.

Menjawab soalan daripada Ee Chin Li (DAP-Tangkak), beliau berkata keputusan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) pada 19 Jun lalu menetapkan bahawa pejabat daerah dan pihak berkuasa tempatan tidak lagi memperbaharui lesen pusat hiburan keluarga.

Katanya permohonan baharu untuk lesen itu turut dibekukan, manakala lesen pusat hiburan keluarga yang melanggar syarat, dibatalkan.


Sehingga kini, katanya, sebanyak 155 lesen hiburan masih aktif di negeri ini manakala jumlah permohonan lesen baharu yang diterima ialah 172.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 2:56 am. Fail ini . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Lebih 3,000 Serbuan Ke Atas Premis Jalankan Aktiviti Judi

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily