dailyvideo

Ketua Umno Bahagian Muar Umum Undur Diri

MUAR: Ketua Umno bahagian Muar, Datuk Mohd Ismail Mohd Shah mengumumkan pengunduran diri dari pimpinan bahagian bagi memberi peluang kepada pelapis muda memimpin bahagian itu.

Mengumumkan perkara itu di hadapan kira-kira 5,000 orang yang menghadiri majlis rumah terbuka Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim di Seri Menanti, di sini pada Sabtu malam, Mohd Ismail mencadangkan Razali sebagai penggantinya.

Menurut Mohd Ismail, beliau bersedia untuk memberikan pandangan membina dalam membantu Razali yang dianggap sebagai adiknya sendiri sekiranya Anggota Parlimen Muar itu diberi peluang memimpin bahagian berkenaan kelak.

Mohd Ismail, 55, yang memimpin bahagian berkenaan bermula daripada Ketua Pemuda Umno sejak 23 tahun lepas berkata beliau mahu semua anggota Umno di bahagian tersebut menyokong penuh Razali pada pemilihan parti itu November depan.

Sementara itu, Razali yang terkejut dengan pengumuman tersebut dalam ucapannya menyifatkan Mohd Ismail sebagai seorang lagi pemimpin Johor yang sanggup melepaskan jawatan ketika berada di puncak.

"Beliau mengikut jejak langkah pemimpin sebelum ini termasuk Allahyarham Tun Dr Ismail, Tun Hussein Onn dan Tun Musa Hitam yang meletak jawatan ketika berada di puncak," katanya.


Razali berkata beliau sedia bertanding jawatan Ketua Umno bahagian itu.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 10:53 pm. Fail ini . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Ketua Umno Bahagian Muar Umum Undur Diri

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily