dailyvideo

Kerajaan Johor Diharap Segera Bina Rumah Mampu Milik Di Nusajaya

NUSAJAYA, 20 Ogos -- Seorang anggota dewan undangan negeri Johor hari ini menggesa kerajaan Johor menyegerakan pembinaan rumah mampu milik di kawasan Nusajaya bagi menampung keperluan pekerja kumpulan sokongan dan penuntut universiti di situ.

Dr Zaini Abu Bakar (BN-Nusajaya) berkata pada masa ini keperluan rumah mampu milik di kawasan itu adalah mendesak menyebabkan kebanyakan pekerja terpaksa mendiami rumah kedai.

"Jika tidak dilaksanakan segera kita bimbang kawasan yang sedang pesat membangun ini akan tinggal sunyi sepi seperti keadaan sebelum ini," katanya
ketika membahaskan titah perasmian Sultan Johor pada persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.

Zaini turut berharap projek perumahan yang bakal dibina itu dijual pada harga sekitar RM100,000 hingga RM150,000 bagi membolehkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki kediaman sendiri.

Beliau dalam pada itu meminta kerajaan negeri memantau aktiviti penjualan tanah di kawasan Gelang Patah, terutamanya penjualan kepada rakyat asing,
memandangkan harga yang semakin tinggi berikutan pembangunan pesat di Nusajaya.


"Tiga tahun lepas harga tanah di Gelang Patah pada paras RM300,000 seekar dan mencecah RM500,000 tahun ini. Dengan harga yang semakin tinggi, kita bimbang penduduk Gelang Patah menjualnya," katanya.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 1:12 am. Fail ini , , , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Kerajaan Johor Diharap Segera Bina Rumah Mampu Milik Di Nusajaya

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily