dailyvideo

Kerajaan Johor Akan Bangunkan Kemudahan Pelancongan Di Gelang Patah


JOHOR BAHARU, 19 Ogos-- Kerajaan Johor akan membangunkan pelbagai kemudahan bagi meningkatkan pelancongan di Gelang Patah di bawah Pelan Induk Pelancongan Negeri Johor.

Exco Pelancongan, Perdagangan Domestik dan Kepenggunaan Johor Datuk Tee Siew Kiong berkata langkah itu seiring dengan status Gelang Patah sebagai 'service town'. 

"Antara kemudahan yang akan disediakan ialah hotel bajet, tempat makan yang bersih dan tersusun serta kemudahan perbankan dan kesihatan. Ini adalah hasil limpahan pelbagai produk pelancongan bertaraf antarabangsa berkonsep keluarga di sekitar Nusajaya seperti Legoland, Hello Kitty, Pinewood Studio dan Johor Premium Outlet," katanya di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Dr Zaini Abu Bakar (BN-Nusajaya) pada persidangan Dewan Undangan Negeri yang ingin tahu  perancangan kerajaan negeri dalam
membangunkan sektor pelancongan di Gelang Patah.

Tee berkata kerajaan negeri juga sudah mengenal pasti beberapa perkampungan di sekitar daerah itu yang boleh dijadikan destinasi ekopelancongan, antaranya ialah Kampung Sungai Melayu dan Kampung Sungai Pulai.

Kampung Sungai Melayu akan dikenali sebagai destinasi ekopelancongan berasaskan air di Iskandar Malaysia, katanya.


Menurut Tee bagi memastikan usaha itu berjaya, penduduk akan diberi latihan dan kemahiran berkaitan, agar mereka bersedia menerima dan mengurus kehadiran pelawat.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 3:02 am. Fail ini . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Kerajaan Johor Akan Bangunkan Kemudahan Pelancongan Di Gelang Patah

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily