dailyvideo

Kaji strategi bina rumah kos rendah


PASIR GUDANG - Kerajaan negeri sedang mengkaji untuk mengadakan beberapa strategi bagi memastikan perancangan membina rumah kos rendah dan mampu milik di Johor dapat dilaksanakan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, isu perumahan menjadi tumpuanrakyat kerana harga rumah meningkat begitu tinggi sehingga di luar kemampuan sejak kebelakangan ini.

“Di Johor, kita sudah meletakkan syarat untuk setiap pemaju membina rumah kos rendah dan mampu milik, tetapi isunya sebahagian mereka tidak melaksanakan syarat tersebut.

“Kerajaan Johor sudah kenal pasti syarikat sebegitu. Kita sudah arahkan PBT menghubungi syarikat itu untuk mendapatkan kepastian sama ada mereka akan melaksanakan ia atau tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar Johor di Stadium Tertutup MPPG, di sini, semalam.

Mohamed Khaled berkata, meskipun strategi dimaksudkan masih di peringkat perbincangan, kerajaan negeri sudah menubuhkan ‘task force’ untuk menyediakan rumah mampu milik dan kos rendah.

“Kita (task force) melihat kepada semua kawasan, mengenal pasti permintaan dan menentukan agar kita dapat memenuhi permintaan dengan melaksana seterusnya menjayakan bekalan (kediaman),” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyambut baik cadangan memperluaskan penyediaan Projek Perumahan Transit untuk  pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga kepada  golongan bujang.

Mohamed Khaled bagaimanapun berkata, kerajaan negeri akan melihat terlebih perkara itu dalam semua sudut.


Selain itu, kerajaan negeri  juga akan memberi perhatian kepada penyediaan perumahan PPR untuk disewa kepada golongan sasaran.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 3:09 pm. Fail ini . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Kaji strategi bina rumah kos rendah

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily