dailyvideo

Fasa 2 Johor Premium Outlets Dibuka Pada November


JOHOR BAHARU, 20 Ogos -- Pembangunan fasa dua Johor Premium Outlets (JPO) yang meliputi kawasan seluas 100,000 kaki persegi, dijadualkan dibuka pada November depan.

Dalam kenyataan hari ini, JPO berkata fasa dua itu mempunyai kira-kira 40
kedai, menjadikan jumlahnya 120.

"Kedai-kedai itu akan meningkatkan pengalaman pengunjung dan terus menyokong pembangunan ekonomi kawasan itu," katanya.

Sejak pembukaannya pada 2011, JPO berkembang menjadi destinasi utama
membeli-belah yang menarik berjuta-juta pengunjung dari Malaysia, Singapura dan rantau ini, katanya.

Premis itu diurus oleh Genting Simon Sdn Bhd, unit milik penuh Simon Genting Ltd, iaitu usaha sama 50:50 antara Azzon Ltd Genting Plantation dan Premium Outlets, satu bahagian dalam Simon Property Group.

JPO berkata ia juga akan menganjurkan pameran pekerjaan selama tiga hari mulai 24 Ogos, antara 10 pagi dan 7 petang. 

Pameran itu yang dianjurkan dengan kerjasama penyewa pusat itu, bermatlamat mengambil pekerja sepenuh masa dan sambilan untuk 40 kedai di situ.


"Beberapa jenama yang menyertai pameran itu termasuk Aigner, BCBGMAXAZRIA, Bread And Butter, COACH, Columbia, Dome Café, FURLA, Kampachi Japanese Restaurant, Hugo Boss dan Polo Ralph Lauren," katanya.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 1:07 am. Fail ini . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Fasa 2 Johor Premium Outlets Dibuka Pada November

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily