dailyvideo

Bajet 2014 Fokus Kepada Indeks Kesejahteraan Rakyat


KUALA LUMPUR 25 Ogos  -- Bajet 2014, yang akan dibentang di Parlimen Oktober ini, akan memfokus kepada indeks kesejahteraan rakyat di bandar dan luar bandar.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata antara aspek yang ditekan ialah keselesaan dan keselamatan penduduk di negara ini.

"Durasi masa yang lama diperlukan untuk pekerja pergi ke tempat kerja kerana kesesakan jalan raya selain perasaan gelisah ketika tidur malam kerana keselamatan terganggu, ia melambangkan kita (rakyat) tidak sejahtera


"Untuk itu, Kementerian Kewangan akan meneliti dengan terperinci indeks kesejaheraan rakyat ini, dan diperhalusi agar kualiti hidup rakyat meningkat dan rakyat hidup dalam negara kita ini lebih sejahtera," katanya kepada pemberita pada majlis kongsi raya anjuran Masjid An-Najihin bersama beberapa badan bukan kerajaan di sini hari ini.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 10:49 pm. Fail ini , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Bajet 2014 Fokus Kepada Indeks Kesejahteraan Rakyat

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily