dailyvideo

76 Ladang Unggas Di Johor Dikompaun RM155,000 Kerana Biak Lalat

NUSAJAYA, 19 Ogos -- Dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, 76 ladang pengeluaran ayam dan itik di Johor telah dikenakan kompaun dengan nilai keseluruhan RM155,000 kerana didapati ada pembiakan lalat.

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Johor Ismail Mohamed berkata terdapat kelemahan ketara dalam pengurusan tinja (najis) dan kawalan pencemaran lalat di ladang terbabit sehingga menyebabkan kacau ganggu lalat di kawasan ladang.

"Ada pengusaha dikesan tidak mengamalkan amalan pengurusan ladang yang baik selain sikap pengusaha yang tidak prihatin tentang masalah lalat yang dihadapi penduduk kerana mementingkan keuntungan semata-mata," katanya menjawab soalan Datuk Samsol Bari Jamali (BN-Semarang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.

Katanya masalah kacau ganggu lalat juga berpunca daripada pembangunan pesat di sekitar kawasan ladang selain terdapat ladang beroperasi secara tradisional.

Menurut Ismail terdapat 821 ladang unggas berlesen di seluruh Johor.

Bagi mengatasi masalah lalat, Jabatan Veterinar Johor melaksanakan Pelan Eliminasi Lalat di 259 ladang ternakan ayam dan itik di negeri itu sejak Oktober tahun lalu, katanya.


Program ini dilaksana oleh satu pasukan petugas khas yang dilengkapi kemudahan logistik bagi membasmi lalat, kata Ismail.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 2:50 am. Fail ini , , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for 76 Ladang Unggas Di Johor Dikompaun RM155,000 Kerana Biak Lalat

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily