dailyvideo

Wujudkan sistem nilai - MB

JOHOR BAHRU- Sistem nilai perlu diwujudkan bagi mengelakkan daripada berlaku perpecahan serta polarisasi kaum dalam kalangan masyarakat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerjasama dalam kalangan masyarakat amat penting dalam usaha untuk mengekalkan kestabilan negara.

Beliau berkata, negara akan mengalami kerugian sekiranya setiap kaum berfikiran sempit serta taksub dan hanya mementingkan diri semata-mata.

"Perkara seperti ini perlu diberikan perhatian serius kerana kerjasama antara kaum adalah sesuatu yang sangat penting dalam usaha mewujudkan keharmonian dan kestabilan," katanya selepas menghadiri Program Ihya Ramadan dan Majlis Gotong-Royong Bubur Lambuk anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Komuniti Kepolisan di Sierra Perdana, Taman Rinting, dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau turut meluangkan masa menyampaikan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik selain mengagihkan bubur lambuk kepada masyarakat di kawasan berkenaan.

Beliau turut meluluskan peruntukan sebanyak RM20,000 bagi menambah baik bilik gerakan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sierra Perdana.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, program yang dilaksanakan itu merupakan antara pendekatan yang baik bagi merapatkan hubungan sesama masyarakat di kawasan itu.


Beliau berharap program kemasyarakatan seperti itu perlu diperbanyakkan bagi membina komuniti yang berkualiti pada masa akan datang.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 9:01 pm. Fail ini , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Wujudkan sistem nilai - MB

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily