dailyvideo

"Tanda Putera Tak Boleh, The New Village Ok" Kenapa Jadi Begini?- Lokman Adam


Kuala Lumpur, 29 Julai - Perkembangan terkini berhubung kelulusan tayangan filem 'The New Village' tetapi dalam masa yang sama filem Tanda Putera masih gagal masuk panggung sangat mengecewakan masyarakat.

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam berkata, sehingga kini majoriti rakyat negara ini ternanti-nanti bila filem "Tanda Putera" akan ditayangkan di pawagam negara ini.

”Hanya kerana "Tanda Putera" menayangkan secebis babak sejarah peranan DAP dalam mencetuskan peristiwa 13 Mei, filem yang sarat dengan sejarah pengorbanan Allahyarham Tun Abdul Razak dan Allahyarham Tun Dr Ismail telah dipeti sejukkan.

Lebih memilukan, tiba-tiba pula filem "The New Village" yang secara halus mengangkat Parti Komunis Malaya sebagai hero dan meletakkan Rejimen Askar Melayu dan Polis yang ketika itu berkhidmat dengan British sebagai musuh dan 'orang jahat' yang perlu dihapuskan,” ujarnya.

Tambahnya, tidak cukupkah buku-buku tulisan Dr Qua Kia Song dan sekutu ekstrimisnya yang secara terang-terangan cuba menulis semula sejarah kemerdekaan Negara ini?

”Mengapa begitu mudah filem dan buku yang secara jelas cuba menyeleweng fakta sejarah dan menghasut rakyat dibiarkan bermaharajalela. Saya menyeru agar kabinet mengkaji semula dasar kerajaan berhubung penerbitan filem dan buku sedemikian rupa.


Dalam masa yang sama, kita mengalukan tindakan Kementerian Dalam Negeri yang menarik balik kelulusan penayangan filem tersebut, dan saya rayu agar kebenaran untuk menayangkan filem "Tanda Putera" yang telahpun dipersetujui oleh kabinet disegerakan tayangannya,” ujarnya lagi.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 12:28 pm. Fail ini , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for "Tanda Putera Tak Boleh, The New Village Ok" Kenapa Jadi Begini?- Lokman Adam

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily