dailyvideo

Puteri UMNO Pulai agih fidyah

JOHOR BAHRU- Puteri UMNO Bahagian Pulai hari ini menziarah kira-kira 60 keluarga fakir miskin yang menetap di sekitar 14 cawangan bahagian itu menerusi program Jelajah Fidyah Ramadan.

Ketuanya, Hirul Fahdiyah Ismail berkata, menerusi lawatan itu pihaknya mengagihkan bantuan kepada golongan tersebut hasil fidyah yang dikumpul daripada individu menjelang Ramadan lalu.

Beliau berkata, program yang dimulakan sejak 2003 itu merupakan antara pendekatan mereka untuk merapatkan hubungan dengan masyarakat selain membantu golongan yang memerlukan.

"Kami berjaya mengumpul sejumlah wang bayaran fidyah individu dan ia digunakan membeli beras untuk diagihkan kepada golongan yang layak menerimanya selain sumbangan barangan keperluan harian.

"Sumbangan ini disampaikan dari rumah ke rumah bagi memudahkan urusan penerima," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kampung Tuah Jaya, Taman Perling, di sini.

Seorang penerima bantuan, Martini Kasmin, 70, bersyukur dengan bantuan yang diberikan itu selain menyifatkannya sebagai sesuatu yang amat bermakna terutama menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"Saya ucapkan terima kasih dengan bantuan yang diberikan ini," katanya yang sudah menetap di Kampung Tuah Jaya sejak 20 tahun lalu.


Seorang lagi penerima bantuan, Rupiah Sanipan, 66, turut gembira dengan bantuan itu kerana sedikit sebanyak dapat membantu meringankan perbelanjaan hariannya.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 10:13 pm. Fail ini . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Puteri UMNO Pulai agih fidyah

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily