dailyvideo

Perhebat promosi Iskandar Malaysia


NUSAJAYA – Usaha mempromosi Iskandar Malaysia ke luar negara akan diperhebat dalam menarik pelaburan asing ke wilayah pembangunan itu.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, Datuk Ismail Ibrahim menyasarkan pelaburan dari Timur Tengah, Jepun dan Korea selain di rantau Asia Tenggara.
Menurutnya, kini penyertaan dari pelabur Asia Tenggara khususnya Singapura dan Indonesia dilihat semakin bertambah.

“Sebab itu sejak kebelakangan ini, kita banyak buat kunjungan ke Indonesia khususnya ke Surabaya, Semarang dan Jakarta dalam usaha untuk memastikan kita dapat menyampaikan perkara mengenai Iskandar Malaysia.

“Kita berharap dapat perhatian peniaga Indonesia yang ingin mengembangkan perniagaan dan seterusnya melabur di wilayah itu,” katanya.

Jelasnya, pelabur Indonesia lebih berminat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan terutama pelancongan, pendidikan dan kesihatan.

“Sudah tentu, Jepun dan Korea juga termasuk negara maju yang lain, mereka sentiasa berminat melabur dalam sektor pembuatan serta perkhidmatan dan kita juga mempunyai perancangan masa panjang untuk itu.

“Sebagai contoh, kita akan menggalakkan negara yang ingin melabur di sini untuk mengkhususkan pelaburan mereka dalam sektor perkhidmatan atau pendidikan supaya ia dapat dimanfaatkan penduduk tempatan,” katanya.

Pada masa sama, Ismail berkata, pelabur sektor pembuatan akan terus digalakkan untuk mengamalkan penggunaan teknologi yang tinggi di samping menggunakan produktiviti berdasarkan tenaga kerja profesional dan berkemahiran tinggi.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 1:15 pm. Fail ini . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Perhebat promosi Iskandar Malaysia

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily