dailyvideo

Lembaga Penapisan Filem (LPF) Perlu Dirombak Segera - GAGASAN



Kuala Lumpur, 29 Julai - Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN) menggesa Menteri Dalam Negeri mengadakan rombakan segera kepimpinan di Lembaga Penapisan Filem (LPF) sebagai langkah drastik untuk mempastikan kes seperti filem The New Village tidak berulang lagi.

Setiausahanya, Syed Anuar Syed Mohamed berkata, GAGASAN tidak mahu mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menapis filem-filem sebelum ditayangkan kepada masyarakat tidak melaksanakan amanah dengan sempurna, apatah lagi jika terdapat unsur-unsur sabotaj atau ketidakcaknaan dengan suasana semasa negara.

”GAGASAN juga merasa hairan dan terkejut pihak LPF hanya mengambil masa tiga (3) hari untuk meluluskan filem tersebut sebagaimana kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam. Apakah garis pandu dan kriteria yang digunakan yang menyebabkan sesingkat itu masa yang diambil berbanding dengan filem Tanda Putera, sehingga kini belum dimuktamadkan.

GAGASAN berpendapat bukan sahaja filem seumpama The New Village yang dikatakan cuba mempromosikan perjuangan komunis yang sekaligus memperlekehkan perrjuangan perajurit negara tetapi juga filem-filem dalam dan luarnegara yang boleh merosakkan fikiran serta iktikad  masyarakat seperti yang berunsur ganas, kurafat dan seks perlu diperketatkan syarat-syarat penayangannya,” ujarnya mengulas kemelut filem The New Village yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Tambahnya, GAGASAN juga meminta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal-ehwal agama Islam agar campur tangan secara total di dalam memastikan filem-filem yang boleh merosakkan pegangan agama Islam khasnya golongan muda tidak ditayangkan sewenang-wenangnya kepada masyarakat.


”Masa kini terlalu banyak filem-filem kurafat atas nama filem seram khasnya yang dibikin di Malaysia dan Indonesia ditayangkan di media elektronik khasnya televisyen yang boleh mempengaruhi fikiran generasi muda yang jika tidak dibendung akan merosakkan iktikad dan pegangan mereka,” tambahnya lagi. 

Dikemaskini oleh Johor daily pada 2:29 pm. Fail ini . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Lembaga Penapisan Filem (LPF) Perlu Dirombak Segera - GAGASAN

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily