dailyvideo

Kemenangan Beberapa Kerusi DAP Di Johor Bukan Bukti UMNO Hilang Kekuatan


KUALA LUMPUR – Adalah tidak munasabah apabila kemenangan beberapa ahli DUN dari pihak pembangkang khususnya DAP di Johor dijadikan alasan kepada Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong, yang juga ahli strategi politik DAP kononnya Johor bukan lagi kubu kuat UMNO.

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam berkata, mereka hanya menang di kerusi-kerusi yang ditandingi oleh wakil dari parti-parti kompenan Barisan Nasional (BN) yang tidak membabitkan anggota UMNO.

“Malah bukan setakat di Johor, jika kita lihat dari segi prestasi UMNO berbanding PRU-12, UMNO telah menambah sembilan kerusi di peringkat Parlimen. Ini membuktikan UMNO masih lagi kukuh sebagai sebuah parti yang menjadi tunjang pemerintahan BN, yang lemah kini cuma parti komponen khususnya dari parti kaum Cina.

Hari ini rata-rata masyarakat bukan Melayu turut tertipu dengan permainan pembangkang dengan memainkan api perkauman bahawa mereka tidak perlu lagi duduk di bawah dominasi parti yang dipimpin oleh orang Melayu sebaliknya memilih pemimpin yang boleh mereka kuasai, bukannya pemimpin BN yang ditunjangi oleh UMNO yang menguasai mereka.

“Mereka tidak mahu dipimpin sebaliknya mereka mahu jadi orang yang mengawal ‘Perdana Menteri’. Oleh sebab itu mereka memilih pemimpin pakatan pembangkang yang ditunjangi oleh Anwar Ibrahim yang sanggup korbankan apa sahaja demi mendapat kerusi ‘Perdana Menteri’ itu,” ujarnya.

Tambahnya, Anwar Ibrahim sanggup gadai hak istimewa orang Melayu, mengalakkan kebebasan keterlaluan (contohnya hubungan seks, hubungan sejenis) dan dalam masa yang sama juga sanggup mengadaikan Islam itu sendiri.

“…sehingga sanggup mengatakan tak salah bagi Lina Joy untuk murtad, anaknya sendiri pun mengatakan bahawa orang Islam sepatutnya dibenarkan untuk murtad dan macam-macam lagi perkara.

“Kita juga melihat rakan-rakan mereka dalam pembangkang iaitu PAS hari ini telah mengorbankan semua prinsip asas perjuangan mereka baik dari segi nak melaksanakan negara Islam, pelaksanaan hukum hudud, baik dari perjuangan dulu yang nak menghapuskan kilang arak, nak menghapuskan perjudian tetapi kita lihat dengan jelas apabila selepas mereka memerintah bersama DAP dan PKR, hari ini jumlah pusat hiburan meningkat sepuluh kali ganda di negeri Selangor.

“Kita lihat semua sekali yang mereka janjikan hari ini dikorbankan satu persatu demi mendapatkan kuasa politik. Jadi, matlamat perjuangan mereka untuk mendaulatkan Islam sudah terkubur kerana perjuangan mereka ialah mendapatkan kuasa,” ujarnya lagi.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 10:47 pm. Fail ini . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Kemenangan Beberapa Kerusi DAP Di Johor Bukan Bukti UMNO Hilang Kekuatan

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily