dailyvideo

Jualan lelongan amal kumpul dana


JOHOR BAHRU – Pertubuhan Belia Kagum Johor Bahru mengambil inisiatif mengumpul pakaian, beg dan kasut hasil sumbangan orang ramai bertujuan mengumpul dana yang akan disalurkan kepada 200 anak yatim dan fakir miskin terpilih di kawasan Parlimen Johor Bahru.

Program yang berlangsung selama tiga hari itu turut mendapat kerjasama Pergerakan Pemuda Umno cawangan Johor Bahru.

Pengarah program, Nornekman Osman berkata, meskipun dijual dengan harga serendah 50 sen sehingga RM10, kesemua barangan tersebut sudah ditapis bagi memastikan ia elok dan berkualiti.

“Program ini merupakan kesinambungan program-program amal yang sering dianjurkan Ahli Parlimen Johor Bahru, namun ini adalah kali pertama jualan lelongan amal seumpama ini diadakan.

“Syukur sejak hari pertama jualan, sambutan yang diterima amat menggalakkan membuktikan keprihatinan masyarakat terhadap insan tidak bernasib baik,” katanya ditemui di bazar karat di sini, kelmarin.

Menurut Nornekman, selain wang tunai yang diperoleh hasil jualan terbabit, pihaknya juga akan menyumbang barangan keperluan lain, yang akan diserahkan sebelum Aidilfitri minggu depan.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 1:00 pm. Fail ini . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Jualan lelongan amal kumpul dana

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily