dailyvideo

Jom cipta logo Muafakat Johor

NUSAJAYA - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri akan menganjurkan pertandingan mencipta logo ‘Muafakat Johor’ konsep yang diperkenalkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Dan Sumber Manusia negeri, R Vidyananthan berkata, pertandingan yang dianjurkan sehingga 5 Ogos itu bertujuan memilih logo yang sesuai untuk diumumkan pada Kempen Kibar Jalur Gemilang pada 16 Ogos ini.

Menurutnya, pemilihan itu juga adalah bersempena pelancaran rasmi konsep Muafakat Johor yang akan disempurnakan Menteri Besar ketika sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri pada 31 Ogos ini di Kota Tinggi.

“Penciptaan logo Muafakat Johor perlu memenuhi tiga objektif utama yang ditetapkan iaitu bagi memupuk semangat kesedaran budaya Johor serta semangat taat setia kepada Sultan Johor dan kedua sebagai simbolik mencerminkan budaya, identiti dan kesetiaan dalam kalangan warga Johor.

“Objektif lain adalah sebagai melambangkan semangat bersatu padu rakyat Johor. Pertandingan ini terbuka kepada semua sama ada individu atau berkumpulan dan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabatnya di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, di sini, kelmarin.

Vidyananthan berkata, pemenang yang berjaya dalam pertandingan itu akan menerima wang tunai sebanyak RM2,000, manakala tempat kedua dan ketiga membawa pulang wang sebanyak RM1,000 dan RM500 berserta sijil penyertaan.

“Hadiah akan disampaikan sendiri Menteri Besar pada 16 Ogos ketika Kempen Kibar Jalur Gemilang di Kluang nanti. Logo yang terpilih juga akan digunakan untuk sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri untuk dicetak pada baju serta cenderahati lain.

“Borang penyertaan boleh didapati di Urusetia Muafakat Johor di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri, tingkat 20 Bangunan KWSP Jalan Datuk Dalam atau hubungi di talian 07-2232007,” katanya.


Justeru, beliau berharap semua rakyat tidak kira bangsa dapat menyertai pertandingan yang dianjurkan sebagai membuktikan rakyat Johor sentiasa mengamalkan semangat bersatu padu.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 12:33 pm. Fail ini . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

1 comments for Jom cipta logo Muafakat Johor

  1. This comment has been removed by the author.

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily