dailyvideo

ADUN Kemelah Angkat Sumpah Sebagai EXCO Ke-10 Johor

JOHOR BAHARU, 9 Julai -- Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah Datuk Ayub Rahmat hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Ecxo) di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi, di sini.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata majlis angkat sumpah diadakan pada 9 pagi dengan Ayub kini memikul tugas Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor.

"Pagi ini telah sempurna pelantikan Ayub sebagai exco ke-10 dan dengan demikian melengkapkan jumlah exco yang patut dilantik dalam barisan kerajaan Johor di bawah pimpinan saya," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis lawatan Sultan Johor ke Hospital Sultanah Aminah, di sini, hari ini.

Mohamed Khaled berkata portfolio yang disandang Ayub amat penting bagi Johor yang sedang berkembang pesat memandangkan aspek kualiti hidup dan penjagaan alam sekitar menjadi perhatian golongan muda ketika ini.

Menurut Mohamed Khaled, pemilihan ecxo kali ini tidak berasaskan amalan kuota seperti dahulu lebih-lebih lagi berikutan keputusan MCA yang menolak
sebarang jawatan dalam kerajaan berikutan prestasi buruk parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13, Mei lepas.

"Pemilihan Datuk Tee Siew Kiong (MCA-Pulai Sebatang) sebagai exco sebelum ini adalah atas lantikan Sultan Johor kerana baginda mahu wakil kaum Cina dalam barisan exco. Jadi, dalam kerajaan negeri Johor ketika ini ada wakil Umno, MIC dan wakil kaum Cina seperti yang dititah Sultan," katanya.

Sementara itu, Ayub ketika dihubungi berkata beliau menjunjung kasih atas perkenan Sultan Johor dan berterima kasih dengan cadangan serta kepercayaan Menteri Besar Johor melantiknya sebagai exco berkenaan.

Beliau berkata pelantikan tersebut adalah satu amanah dan tangunggjawab berat memandangkan portfolio kesihatan dan alam sekitar membabitkan
kesejahteraan rakyat.


Katanya beliau akan berjumpa Mohamed Khaled untuk mendapatkan pandangan dan nasihat bagi menggalas jawatan itu sebaik mungkin.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 1:26 am. Fail ini . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for ADUN Kemelah Angkat Sumpah Sebagai EXCO Ke-10 Johor

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily