dailyvideo

3 perkara utama majukan Pontian


PONTIAN, Julai - Tiga perkara utama akan diberikan tumpuan bagi membolehkan Pontian terus menikmati pembangunan seimbang.

Perkara tersebut ialah penempatan penduduk di beberapa kawasan rizab kerajaan termasuk rizab sungai, pelebaran jalan raya Pontian-Johor Bahru dan memasukkan seluruh daerah itu ke dalam Iskandar Malaysia.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan negeri akan mengusahakan penempatan yang baharu untuk mereka yang mendiami rizab kerajaan dan rizab sungai memandangkan golongan tersebut berdepan dengan risiko banjir, air pasang besar dan pelbagai perkara berkaitan.

"Perkara ini telah dibangkitkan oleh Pegawai Daerah Pontian, Muji Salimon semasa taklimat pembangunan dan jelas ia merupakan keutamaan kepada penduduk yang terlibat dan menjadi harapan pentadbiran daerah untuk melihat tiada lagi penempatan sedemikian pada masa depan sejajar dengan kepesatan pembangunan.

"Kertas kerja mengenai penempatan semula sedang diperincikan oleh Pejabat Daerah Pontian dan diharap dapat dilaksanakan dalam tempoh beberapa tahun ini," katanya semasa berucap dalam Majlis Ramah Mesra dan Berbuka Puasa bersama penduduk di Masjid Jamek Bandar Pontian, di sini semalam.

Dalam majlis itu turut disampaikan sumbangan sempena Ramadan kepada 100 penerima yang terdiri daripada anak-anak yatim, saudara baharu, pelajar institusi pengajian tinggi, hafiz al-Quran, ibu tunggal serta golongan kurang berkemampuan.


Mohamed Khaled berkata, pelebaran jalan Pontian-Johor Bahru melalui bandar Pekan Nanas juga penting bagi mengatasi masalah kesesakan terutama pada waktu puncak yang menjadi keluhan penduduk daerah ini yang berkerja di Johor Bahru, Nusa Jaya, Gelang Patah dan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). - Utusan

Dikemaskini oleh Johor daily pada 11:28 am. Fail ini . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for 3 perkara utama majukan Pontian

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily