dailyvideo

‘Usaha Nakal’ Perlekeh Kepimpinan Najib, Satu Usaha Sia-Sia

Johor Bahru, 26 Jun – Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Manap mengajak kepimpinan Barisan Nasional (BN) khususnya Ahli-Ahli Parlimen BN untuk teguh berdiri bersama kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menolak sebarang usaha memecah-belahkan perpaduan dan kesepakatan di dalam BN demi memastikan survival perjuangan BN untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

Tambahnya, di sebalik cabaran yang bakal dilalui oleh Ahli-Ahli Parlimen BN, selain jumlah yang semakin kecil sekarang, amat penting kepada kepimpinan BN untuk bersatu teguh dan saling bantu-membantu khususnya dalam menjayakan transformasi yang dibuat oleh Datuk Najib.

“Dalam pilihanraya umum yang lalu, BN telah menampilkan banyak muka-muka baru khususnya golongan muda untuk diberikan peluang mewakili BN di peringkat Parlimen dan DUN, ia merupakan cara terbaik untuk meremajakan UMNO dan BN itu sendiri.

“Jadi, saya harap pendekatan yang dibuat oleh pucuk tertinggi BN ini, khususnya peluang yang Datuk Najib berikan, harus diteruskan di masa akan datang. Peluang ini juga harus digembling bersama oleh setiap anak muda dalam BN untuk bersama-sama dalam kepimpinan agar BN terus relevan dan seterusnya mendapat tempat di hati rakyat,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sekijang.

Dalam masa yang sama, beliau membidas ‘usaha-usaha nakal’ pihak-pihak tertentu yang cuba memperkecilkan kepimpinan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO yang dianggap satu usaha yang sia-sia memandangkan kebanyakan pemmpin dan ahli-ahli UMNO dan BN rasional dan mengenali Datuk Najib sebagai seorang pemimpin yang sangat dihormati dan disayangi rakyat.


“Jadi, sudah tiba masanya untuk kita semua memperkukuhkan parti UMNO selain merapatkan barisan bersama kompenan BN yang lain untuk memastikan pasukan transformasi BN ini akan terus disenangi oleh rakyat Malaysia dan dihormati di mata dunia,” tambahnya. 

Dikemaskini oleh Johor daily pada 10:01 am. Fail ini . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

1 comments for ‘Usaha Nakal’ Perlekeh Kepimpinan Najib, Satu Usaha Sia-Sia

  1. bersatu teguh bercerai roboh. tapi jangan menjadi sokong membawa rebah. jangan memuji PM keterlaluan bila menjadi YB tapi berpaling tadah kemudian hari. ini telah terbukti. YB2 wajar membawa suara rakyat bukan sebaliknya. raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. pemimpin adil pemimpin disanjung, pemimpin zalim pemimpin dipancung. ini bukan zaman tok kaduk yang berkuasa sentiasa betul. tak berubah tunggu padah...

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily