dailyvideo

Tuduh Pengundi Hantu, Bangla Tapi Menang Majoriti Besar Kawasan Pembangkang


KULAI – Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bukit Permai, Ali Mazat Salleh berkata tuduhan mengatakan wujud pengundi hantu malah kononnya ada 40,000 orang warganegara Bangladesh yang terlibat untuk membantu mengundi BN pada PRU13 yang lalu jelas perbuatan yang tidak bermaruah dan sengaja dicipta untuk mengelirukan rakyat.

“Mereka mewujudkan suasana tidak tenteram dan keliru dalam masyarakat. Tuduhan-tuduhan yang pelbagai ini sengaja direka cipta bagi memastikan kesinambungan dan momentum ‘mengugat kepercayaan rakyat’ dapat diteruskan sekurang-kurangnya sehingga PRU yang akan datang.

“Mereka berkata kononnya wujud pengundi hantu, pengundi warganegara Bangladesh, tetapi dalam masa yang sama, jika dikaji semula kemenangan calon-calon BN di dalam satu-satu kawasan, jumlah undi antara BN dan pihak pakatan nampak lebih seimbang berbanding di kawasan-kawasan yang dimenangi oleh calon-calon pakatan ini, mereka menang dengan majoriti yang besar ….. adakah ini bukti wujud pengundi hantu dan pengundi warganegara Bangladesh terlibat dalam mengundi BN?,” ujarnya yang juga EXCO  Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Tegas beliau  sepatutnya kini semua calon-calon yang menang tidak kiralah di pihak BN mahupun di pihak pembangkang seharusnya menolak ke tepi politik kepartian sebaliknya berganding bahu memastikan kesejahteraan rakyat terbela, memastikan rakyat hidup aman damai dalam sebuah negara majmuk, bukannya suasana tidak aman dan penuh rasa curiga dan sangsi seperti yang wujud sekarang ini.

“Sehubungan dengan itu, pihak pembangkang berhentilah untuk membuat tuduhan demi tuduhan jahat kerana jelas tindakan mereka ini sekadar untuk mengelirukan rakyat semata-mata, tanpa memikirkan kesan di masa yang akan datang.

“Mereka mempertikai kemenangan BN sebaliknya jika kemenangan di pihak mereka, semuanya tidak salah malah mereka bersedia pula untuk mengangkat sumpah menerajui beberapa kerajaan negeri seperti di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang. Mengapa tidak mereka pertikaikan kemenangan  pihak mereka di ketiga-tiga negeri ini dan di kawasan-kawasan DUN dan Parlimen lain yang dimenangi mereka.

“Adakah mereka bersedia untuk tidak mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat nanti ataupun mana-mana DUN yang dimenangi mereka, tidak perlu angkat sumpah di Dewan Undangan Negeri masing-masing…… ,” tambahnya lagi.

Terdahulu sebelum ini, tohmahan pihak pembangkang kononnya wujud pengundi hantu dari Bangladesh  hinggakan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina turut menjadi mangsa ‘politik kotor’ pihak pembangkang.

Pembangkang mendakwa jika pemimpin itu (Sheikh Hasina) dipaksa letak jawatan sekalipun, beliau masih boleh berhijrah ke Malaysia dan mudah mendapat kerakyatan Malaysia telah mencetuskan kemarahan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, A.K.M. Atiqur Rahman yang menyifatkan tuduhan pembangkang itu sebagai tidak berasas dan hanya dibuat oleh golongan yang tidak berakal.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 8:10 am. Fail ini . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Tuduh Pengundi Hantu, Bangla Tapi Menang Majoriti Besar Kawasan Pembangkang

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily