dailyvideo

Terharu terima bantuan kerusi roda


KOTA TINGGI - Selepas lebih setahun mengalami kesukaran berdiri dan berjalan kerana diserang penyakit angin ahmar, kerusi roda yang diterimanya baru-baru ini menjadi hadiah paling bermakna dalam hidup warga emas, Rubiah Abd. Wahab, 65.

Ibu kepada tiga anak yang kesemuanya sudah dewasa bersyukur kerana sumbangan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said memberi sinar baharu dalam kehidupannya.

"Saya bersyukur kerana kerusi roda ini memudahkan saya bergerak. Sebelum ini, saya terpaksa bergantung kepada tongkat yang dibeli anak saya," katanya ketika ditemui dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Jaring Nelayan di Pengkalan Nelayan Kampung Punggai, di sini baru-baru ini.

Majlis itu turut menyaksikan Azalina menyampaikan bantuan berbentuk jaring udang yang menjadi keperluan kepada 60 nelayan di sini.

Rubiah yang kematian suami empat tahun lalu kini tinggal bersama anak bongsunya, Rohana Karno, 30-an, bersama dua cucunya manakala anak-anaknya yang lain tinggal di rumah masing-masing.

Menurutnya, Rohana yang juga merupakan ibu tunggal bekerja sebagai pembantu di sebuah hotel di Sungai Rengit dengan pendapatan yang diperoleh sekadar mampu menampung kehidupan mereka sekeluarga.

Katanya, walaupun dia menerima RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun bantuan itu hanya mampu menampung kos ubat-ubatan.


"Saya pernah memohon bantuan kerusi roda tahun lalu melalui pemimpin masyarakat di kawasan saya tetapi tidak berjaya sehinggalah anak saudara saya memohon terus kepada Azalina," katanya.- Utusan

Dikemaskini oleh Johor daily pada 11:50 pm. Fail ini , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Terharu terima bantuan kerusi roda

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily