dailyvideo

Syed Hamid Albar dilanjutkan Pengerusi SPAD


KUALA LUMPUR 1 Jun - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini mengumumkan perkhidmatan Tan Sri Syed Hamid Albar sebagai Pengerusinya dilanjutkan untuk tempoh dua tahun lagi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

SPAD dalam satu kenyataan di sini, turut berkata tempoh perkhidmatan Mohd. Nur Ismal Mohamed Kamal selaku Ketua Pegawai Eksekutif suruhanjaya itu pula dilanjutkan tiga tahun lagi.

"Dengan pelanjutan ini, Syed Hamid dan Mohd Nur Ismal serta pengurusan kanan SPAD dapat meneruskan segala pelan pembangunan dan rancangan strategik bagi merealisasikan agenda transformasi kerajaan berhubung sistem pengangkutan awam darat," kata kenyataan itu. - BERNAMA

Dikemaskini oleh Johor daily pada 8:10 pm. Fail ini . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Syed Hamid Albar dilanjutkan Pengerusi SPAD

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily