dailyvideo

Penduduk terima tong sampah beroda percuma

SKUDAI – Seramai 885 penduduk Bandar Pulai Jaya, di sini, menerima tong sampah beroda secara percuma daripada SWM Environment Sdn Bhd (SWM), semalam.

Sesi penyerahan yang bermula jam 5 petang hingga 9 malam itu dan kawasan perumahan berkenaan merupakan zon keempat daripada kawasan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) menerima tong sampah berkenaan.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Adun Nusajaya, Dr Zaini Abu Bakar.

Seorang suri rumah, Norita Hamzah, 42, gembira dengan pemberian tong sampah percuma itu kerana inisiatif berkenaan dapat membantu proses pembuangan sampah yang selaras sekaligus mewujudkan suasana yang bersih dan teratur.

“Sebelum ini, saya terpaksa membeli tong sampah sendiri beberapa kali berikutan tong sampah berkenaan selalu pecah. Lagipun saiz tong sampah yang digunakan sebelum ini juga agak kecil menyukarkan keadaan untuk membuang sampah.

“Langkah ini juga sedikit sebanyak akan dapat menjadikan masyarakat lebih berdisiplin dalam memastikan kebersihan tempat tinggal mereka,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, bagi pesara, Zahari Safie, 61 berkata, pemberian tong sampah berkenaan sangat membantunya sekeluarga sekaligus dapat mengurus sisa buangan secara lebih efisien.

“Sebelum ini sampah yang telah saya kumpul dan letak di hadapan rumah sering kali bersepah disebabkan anjing dan setiap pagi saya terpaksa membersihkannya,” katanya.

Bagi, pemandu bas, M Elangovan, 43 berkata, dia berterima kasih dengan usaha pihak syarikat berkenaan sambil berharap usaha itu akan diteruskan dari semasa ke semasa.


“Usaha SWM ini amat kami hargai kerana ia dapat membantu proses pembuangan sampah yang selaras dan kami dapat tinggal dalam suasana yang bersih dan teratur,” katanya. - Sinar

Dikemaskini oleh Johor daily pada 11:08 am. Fail ini . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Penduduk terima tong sampah beroda percuma

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily