dailyvideo

Penduduk akan diberi hak milik


JOHOR BAHRU- Kerajaan negeri komited menyelesaikan isu pemberian hak milik tanah melibatkan beberapa kampung setinggan di negeri ini dengan meletakkan perkara itu sebagai keutamaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, usaha itu juga bagi menunaikan janji dibuat bekas Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman untuk memberi hak milik tanah kepada penduduk kampung terlibat.

Menurutnya, kerajaan negeri juga sudah mengeluarkan surat jaminan kepada penduduk kampung terlibat dan kini sedang dalam proses bagi menyelesaikan permohonan yang dikemukakan mereka sejak sekian lama.

"Jadi, saya berharap supaya syarikat yang terlibat memahami janji yang dibuat kerajaan dengan penduduk kampung terlibat dan tidak hanya mahu mementingkan keuntungan semata-mata," katanya baru-baru ini.

Mohamed Khaled yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Warisan Kampung Senibong Johor Bahru Bhd., Kali Kedua di Kampung Senibong di sini.

Kampung terlibat ialah Kampung Senibong, Kampung Rumah 10, Kampung Plentong Baru, Kampung Plentong dan Kampung Sri Bahagia.

Beliau berkata, bagi menyelesaikan isu tanah Kampung Senibong, kerajaan negeri menerusi syarikat milik kerajaan negeri Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) sedang mengumpul dana sebanyak RM23 juta.

Tambahnya, usaha itu bagi pengambilan balik tanah seluas 14 hektar daripada syarikat Tebrau Teguh Bhd. untuk diberikan kepada penduduk kampung tersebut seperti janji kerajaan negeri sebelum ini.

Sehubungan itu, Mohamed Khaled berharap tiada sebarang transaksi dibuat melibatkan tanah yang dijanjikan kerajaan dan jika mahu membuat sebarang pembangunan kerajaan negeri tiada halangan tetapi diharap dapat dibuat di kawasan yang tiada penempatan setinggan.

Sementara itu, mengulas mengenai kegiatan koperasi, belia turut mengalu-alukan cadangan koperasi kampung tersebut yang mahu membangunkan aktiviti inap desa di kawasan itu sejajar usaha menjana pendapatan.


"Usaha itu amat dialu-alukan dan sangat baik kerana bersesuaian dengan hasrat kerajaan negeri menggalakkan sektor pelancongan. Perkara itu juga merupakan idea kreatif dalam memupuk budaya keusahawanan," katanya.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 8:32 pm. Fail ini , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Penduduk akan diberi hak milik

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily