dailyvideo

MCA Gantung Keahlian EXCO Johor, Tee Siew Keong Selama Tiga Tahun


KUALA LUMPUR -- MCA menggantung keahlian Datuk Tee Siew Kiong selama tiga tahun berkuatkuasa serta merta kerana menerima jawatan Exco Kerajaan Negeri Johor.

Presiden MCA Datuk Ser Dr Chua Soi Lek berkata anggota Majlis Presiden sebulat suara menerima syor Jawatankuasa Disiplin untuk menggantungkan keahlian Tee kerana melanggar keputusan parti.

Sebelum ini, MCA telah membuat resolusi pada 2011 dan 2012 untuk tidak akan menerima sebarang jawatan kerajaan pusat dan negeri sekiranya parti itu mencatatkan prestasi buruk pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas.

"Bagaimanapun, Tee mempunyai 14 hari untuk membuat rayuan terhadap keputusan itu selepas menerima surat rasmi penggantungan," kata Dr Chua pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden di sini.

Tee, merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Sebatang, dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor dalam pentadbiran kerajaan negeri atas titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Dr Chua berkata jawatan Setiausaha Organisasi Pusat yang disandang oleh Tee sebelum ini akan diambil alih oleh Setiausaha MCA Perak, Datuk Tan Chin Meng.

Pada 14 Jun lepas, Tee melalui kenyataan media mengumumkan melepaskan semua jawatan dalam parti, sama ada di peringkat pusat dan negeri termasuk Setiausaha Organisasi Pusat, Anggota Jawatankuasa Mesyuarat Agung Parti, serta semua jawatan dalam peringkat cawangan Pontian dan negeri Johor.


Tee turut mengumumkan beliau hanya anggota seumur hidup parti itu.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 7:46 am. Fail ini . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for MCA Gantung Keahlian EXCO Johor, Tee Siew Keong Selama Tiga Tahun

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily