dailyvideo

Fitnah SPR, Tipu Rakyat… SPR Digesa Segera Saman Anwar – Dr Puad


KUALA LUMPUR– Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd Puad Zarkashi membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengatakan bahawa Anwarlah yang cuba menipu rakyat hari ini dengan mendakwa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berkomplot dengan Barisan Nasional (BN) menipu undi bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN.

Tambah beliau lagi, Anwar telah menjadikan  SPR sebagai kambing hitamnya dalam usaha untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap kes-kes jenayah seksual yang menyelubungi dirinya hari ini.

“Kita semua tahu, apa yang Anwar lakukan hari ini adalah semata-mata untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap beberapa kes jenayah seksual yang dihadapinya.

“Selain itu, ia juga juga bertujuan untuk menutup penipuan Pakatan pembangkang yang mendakwa kononnya berlaku penipuan undi, blackout dan sebagainya, namun sehingga ke hari ini mereka masih lagi gagal membawakan bukti yang kukuh atas dakwaan mereka itu,” ujarnya.

Beliau turut mengesyorkan  Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memfailkan saman fitnah terhadap Ketua Pembangkang itu, yang kini secara berterusan memburukkan imej badan tersebut.

Katanya, SPR perlu bertindak tegas dengan menyaman Ketua Pembangkang sebagai satu pengajaran  agar Anwar berhenti daripada terus menabur fitnah dan memburukkan imej SPR di mata rakyat di negara ini.

“Saya sendiri pun tak tahu kenapa SPR lambat mahu bertindak untuk memfailkan saman terhadap Anwar. SPR sepatutnya tak boleh biarkan Anwar terus-terusan memburukkan imej SPR dengan mengatakan sesuatu yang tidak benar,” jelasnya.

Beliau seterusnya mempersoalkan sampai bila SPR harus membiarkan Anwar melempar dakyah dan tohmahan terhadap badan tersebut sehingga sedikit sebanyak hari ini penipuannya itu telah mempengaruhi segelintir dari rakyat di negara ini.

“SPR tidak perlu tunggu lagi. Anwar dan pembangkang  telah memburukkan imej SPR sebelum pilihanraya lagi, dan hari ini mereka masih lagi menjaja cerita tidak benar tentang SPR di dalam ceramah-ceramah mereka. Saya harap, SPR perlu lakukan sesuatu dengan kadar segera agar fitnah dan tohamahan itu dapat dihentikan.


“Tindakan Anwar yang mengadakan perhimpunan memprotes keputusan PRU ini bukan saja menjatuhkan imej SPR, tetapi sebenarnya turut memburukkan imej kerajaan Malaysia,” tegasnya

Dikemaskini oleh Johor daily pada 9:31 am. Fail ini , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Fitnah SPR, Tipu Rakyat… SPR Digesa Segera Saman Anwar – Dr Puad

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily