dailyvideo

Final Piala FA :Stadium Bukit Jalil bergema


LAUNGAN lagu 'Gomo Kelate Gomo' dan 'Luaskan Kuasamu' bergema di Stadium Nasional Bukit Jalil yang sendat dengan lautan manusia.

Perlawanan final Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (JDT) yang akan bermula beberapa minit sahaja lagi terus gamat dengan persembahan menarik yang dipamerkan oleh kedua-dua pasukan.

Tidak kira Kelantan mahupun JDT, masing-masing tidak henti-henti menyanyikan lagu sokongan bagi memberi semangat kepada pasukan kesayangan mereka yang dianggap gergasi bola sepak negara.

Ketika ini,pemain Kelantan dan JDT sedang memanaskan badan di padang sebelum sepak mula pada jam 8.45 malam.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 8:37 pm. Fail ini . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Final Piala FA :Stadium Bukit Jalil bergema

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily