dailyvideo

Fandi bidas sikap pemain JDT


JURULATIH Johor Darul Takzim (JDT), Fandi Ahmad membidas segelintir sikap anak buahnya yang gagal menunjukkan semangat juang tinggi sehingga menyebabkan mereka gagal untuk mengutip tiga mata penuh ketika menentang Felda United, semalam.

Fandi berkata, sikap sambil lewa serta tiada keinginan untuk menang antara punca pasukannya hanya terikat1-1 dengan Felda di Stadium Larkin.

“Ini adalah sikap yang dipamerkan oleh pemain. Mereka langsung tidak mempunyai semangat untuk menang dan keputusan semalam sangat mengecewakan.

“Kami telah menunjukkan konsisten sejak awal musim, tapi apabila di penghujung, pemain mula menimbulkan masalah dan itu memberi kesan buruk kepada pasukan.

“Saya tidak mahu menunding jari ke mana-mana pemain, tetapi mereka harus sedar apa yang telah mereka lakukan. Mereka juga perlu ubah sikap sebegitu agar apa yang dirancang musim ini tidak akan musnah,” kata Fandi kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Semalam, kegagalan JDT meraih tiga mata di halaman sendiri menyebabkan mereka hilang tempat kedua kepada Selangor yang mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas PKNS dari segi kelebihan jaringan.

Mengulas lanjut Fandi berkata, sebagai seorang pemain, sikap berjuang perlu ditanam dalam diri sendiri kerana itu menunjukkan kesungguhan pemain kepada pasukan.

"Apa yang anda rasa apabila kita menguasai perlawanan tetapi gagal menjaringkan gol. Apa yang saya mahukan selepas ini pemain perlu mempunyai hati untuk bermain kepada pasukan.

“Tuah Iskandar adalah pemain yang memiliki susuk tubuh yang kecil tetapi melihat cara dia bermain, beliau mempunyai semangat yang tinggi dan saya memerlukan pemain seperti dia dalam pasukan,” ujarnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya peluang mereka untuk mengejar lions XII dan menjuarai liga musim ini, Fandi berkata, “kita kena percaya kepada keajaiban.

"Apapun, apa yang saya harapkan baki dua perlawanan selepas ini pemain akan berubah.


“Mereka perlu menunjukkan karakter seorang pemain, jangan mudah berputus asa,” jelasnya.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 11:45 am. Fail ini , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Fandi bidas sikap pemain JDT

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily