dailyvideo

56 Adun Johor Angkat Sumpah

NUSAJAYA - Sebanyak 56 anggota dewan undangan negeri (Adun) Johor  mengangkat sumpah jawatan pada satu majlis di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini.
  
Kesemua Adun daripada BN dan pembangkang itu mengangkat sumpah taat setia dalam memelihara dan mempertahankan perlembagaan negeri Johor.
  
Mereka mengangkat sumpah di hadapan Speakar Dun yang baharu dilantik Datuk Mohamad Aziz dengan didahului Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
  
Terdahulu Mohamed Khaled mengemukakan nama bekas Anggota Parlimen Sri Gading itu sebagai Speaker Dun yang baharu dan disokong Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Adun Mahkota, Md Jais Sarday.
  
Majlis diteruskan dengan sesi mengangkat sumpah Timbalan Speaker yang baru, Datuk Baderi Dasuki, yang juga Adun Panti dan disusuli semua Adun lain.

Mohamad, 72, pernah berkhidmat sebagai Adun Parit Yaani dari 1986 hingga 1999 dan pernah menggalas jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial dan Kebajikan Masyarakat negeri Johor bagi tempoh 1990 hingga 1995.
  
Pada pilihan raya umum 1999 beliau menang kerusi Parlimen Sri Gading yang dipertahankannya pada pilihan raya 2004 dan 2008. Mohamad juga merupakan Timbalan Pengerusi Tetap Umno sejak 2008.
  
Sementara itu, dalam ucapannya Mohamad menyifatkan pelantikan berkenaan sebagai satu penghormatan dan berjanji akan mengendalikan persidangan Dun Johor sebaik mungkin.
 
Beliau turut berterima kasih kepada bekas Speaker Datuk Mohd Ali Hassan dan bekas Timbalan Speaker Datuk Osman Jais atas jasa kedua-dua mereka sepanjang mengendalikan persidangan penggal lepas.
  
Pada pilihan raya 5 Mei lepas, BN berjaya membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga apabila menang 38 daripada 56 kerusi Dun yang dipertandingkan.
  

Daripada 18 Dun yang dimenangi pembangkang, 13 daripadanya DAP, empat (Pas) manakala satu daripada PKR.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 6:58 am. Fail ini . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for 56 Adun Johor Angkat Sumpah

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily