dailyvideo

2000 Netbook 1Malaysia Rosak, Minta SKMM Selesai Masalah

PASIR GUDANG – Pihak yang bertanggungjawab dalam urusan pemberian Netbook 1Malaysia digesa memberi penjelasan berhubung kerosakan sebanyak 2,015 unit komputer riba itu.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmad berkata, pihaknya menerima sebanyak 2,015 unit komputer riba yang dipulangkan semula oleh penerima akibat mengalami kerosakan daripada keseluruhan jumlah 4,356 yang diagihkan dari tahun lalu sehingga Mei ini.

Menurutnya, sebelum ini komputer riba yang mengalami kerosakan diambil balik pengedar yang dilantik untuk dibaik pulih, namun sejak April lepas pihak berkenaan tidak mahu lagi bertanggungjawab kerana dikatakan kontrak selama setahun telah tamat.

“Kami sudah beberapa kali menghubungi pihak pengedar, namun mereka enggan bertanggungjawab kerana katanya kontrak selama setahun telah tamat pada April lepas.

“Kami buntu kerana tidak tahu hendak berurusan dengan pihak mana, sedangkan pihak bertanggungjawab yang dihubungi juga tidak memberi sebarang maklum balas,” katanya kepada pemberita, di sini, kelmarin.

Rohazam berkata, ramai penerima yang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan meluahkan rasa kecewa kerana komputer riba yang diharapkan boleh membantu pembelajaran anak-anak langsung tidak boleh diguna pakai.

Menurutnya, kebanyakan komputer riba tersebut mengalami kerosakan pada hardisk, bateri dan software sehingga memerlukan kos yang tinggi untuk dibaik pulih sendiri.

“Kami terpaksa menelan maki-hamun daripada penerima kerana terlalu kecewa komputer riba yang baru diambil terpaksa dipulangkan semula akibat mengalami kerosakan.

“Lebih membingungkan apabila komputer riba yang diambil pihak pengedar untuk dibaikpulih sebelum ini masih belum dipulangkan, sedangkan kami dihujani pertanyaan daripada penerima setiap hari.

“Kami mahukan penjelasan daripada pihak bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah ini dalam tempoh 14 hari kerana ini melibatkan hak rakyat,” katanya.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 8:03 pm. Fail ini , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for 2000 Netbook 1Malaysia Rosak, Minta SKMM Selesai Masalah

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily