dailyvideo

TMJ Cadang Perlawanan Tanpa Penonton


JOHOR BAHRU - Bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini berlaku, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mencadangkan perlawanan separuh akhir Piala FA antara Johor Darul Takzim dan Pahang diadakan tanpa kehadiran penonton.

Perlawanan antara kedua-dua pasukan yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur kelmarin, terpaksa dibatalkan ekoran limpahan penyokong yang membawa kepada insiden kekecohan penonton yang berlaku sebelum perlawanan bermula.

Cadangan tersebut disuarakan oleh Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengambil kira keselamatan penyokong kedua-dua pasukan ekoran insiden yang berlaku pada malam itu dikhuatiri masih 'hangat'.

"Kita tidak mahu perkara ini berlarutan, kita mahu ia reda terlebih dahulu kerana tidak mahu ada insiden lain berlaku memandangkan perkara ini saya rasa masih hangat. Keselamatan penyokong lebih penting daripada jual tiket.

"Jadi, jika perlu perlawanan dilakukan dalam masa terdekat, kita cadangkan supaya pertandingan itu diadakan tanpa kehadiran penonton, itu yang terbaik buat masa ini," katanya pada sidang akhbar di Istana Bukit Pelangi di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau berkata, PBNJ akan menghantar surat kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung perkara tersebut kerana berpendapat keputusan yang dibuat FAM semalam, terlampau berat sebelah.

Tunku Mahkota Johor berkata, kekecohan yang berlaku kelmarin juga wajar ditangani segera kerana tidak mahu insiden seumpama itu mencemarkan imej bola sepak negara di mata pemerhati luar dan tidak melabelkan penyokong tidak bertamadun.

"Kita tidak mahu orang luar melihat penyokong bola sepak negara tidak bertamadun. Semua penyokong harus mengikut semangat Ultras yang ada di setiap negeri. Mereka datang untuk sorak kemudian tengok bola dan balik bukan bergaduh.


"Penyokong yang hadir mainkanlah peranan untuk menjaga disiplin masing-masing ketika berada di dalam stadium," ujarnya.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 1:28 pm. Fail ini . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for TMJ Cadang Perlawanan Tanpa Penonton

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily