dailyvideo

Tingkatkan tahap perkhidmatan- Khaled


NUSAJAYA - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mahu semua jabatan dan agensi kerajaan melakukan penambah baik dan mempertingkatkan tahap perkhidmatan masing-masing terutama yang berkait langsung dengan rakyat.

Beliau berkata, langkah itu wajar bagi memastikan apa juga perancangan yang dilaksanakan sampai ke golongan sasar serta mengikut jadual ditetapkan.

"Saya telah minta ketua-ketua jabatan dan agensi berkaitan menyenaraikan apa-apa juga perkhidmatan yang diberikan mengikut keutamaan. Terutama sekali bagi perkhidmatan yang terpaksa melalui kerenah birokrasi seperti permohonan untuk mendapatkan hak milik tanah, mendapatkan lesen perniagaan dan banyak lagi yang lazimnya memerlukan masa untuk diproses.

"Begitu juga dengan proses untuk mendapatkan pasport, kad pengenalan dan dokumen-dokumen lain, saya mahu setiap proses itu ditetapkan berapa lama boleh disiapkan dan seterusnya diserahkan kepada pengguna terbabit," katanya.

Mohamed Khaled yang baharu dilantik menjadi Menteri Besar Johor Ke-15 menggantikan Datuk Abdul Ghani Othman.

Beliau berkata, semua jabatan dan agensi perlu meningkatkan tahap perkhidmatan yang diberikan, selari dengan agenda transformasi kerajaan yang mahu mensejahterakan rakyat.

Menurutnya, kecekapan setiap jabatan atau agensi kerajaan itu sebenarnya menterjemahkan keberkesanan kepemimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang baharu mendapat mandat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei lalu.

Selain itu, beliau turut meminta semua anggota Exco yang baharu dilantik mengisytiharkan harta masing-masing seperti yang dilakukan oleh kerajaan Pusat bagi menjamin integriti mereka.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 1:48 am. Fail ini , , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Tingkatkan tahap perkhidmatan- Khaled

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily