dailyvideo

Tindakan Terdesak Calon Bebas Yang Mengaku Masih Ahli UMNO



Tindakan calon Bebas, Mohd Azaman yang mengaku masih ahli UMNO merupakan satu tindakan terdesak yang bertujuan untuk mengelirukan rakyat khususnya pengundi-pengundi di Parlimen Penggerang ini.

Calon BN Parlimen Tenggara, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, beliau dimaklumkan bahawa Azaman mengambil pendekatan menunjukkan kad ahli UMNO dengan tujuan meraih simpati dalam usaha meraih undi, inilah masalahnya dengan calon Bebas ini yang mengambil kesempatan mengelirukan akyat khususnya ahli-ahli UMNO dari kalangan sahabat-sahabat karibnya.

“Saya berharap agar pihak UMNO dan BN Pusat mengambil tindakan tegas kepada calon-calon Bebas yang menggunakan platform UMNO termasuk menggunakan maklumat dari rakan-rakan UMNO mereka.

Bagi saya, calon-calon Bebas ini masih tidak boleh menerima hakikat bahawa UMNO amat tegas dengan tindakan terhadap mana-mana individu dalam UMNO yang bertanding atas tiket Bebas. Tindakan tegas ini termasuk menggugurkan dan melucutkan keahlian UMNO secara automatic mengikut perlembagaan UMNO dan mereka ini juga tidak akan diterima kembali sebagai ahli UMNO,” ujarnya selepas majlis penerimaan borang kemasukan ke dalam UMNO oleh sebahagian penyokong-penyokong PKR di Kampung Sungai Rengit, tenggahari tadi.

Sehubungan dengan itu, jentera BN Parlimen Penggerang dikerah sepenuhnya untuk menemui pengundi dan masyarakat untuk menerangkan kedudukan sebenar kerana kita melihat usaha terdesak ini digunakan untuk mendapatkan undi simpati khususnya dari kalangan penyokong-penyokong UMNO dan BN di Penggerang.

“Sebenarnya ini tindakan terdesak, dia telah tersilap langkah, mungkin dia fikir UMNO tidak akan mengambil tindakan memecat dia. Sebab itu dia beritahu rakyat dan penyokongnya bahawa darah yang mengalir dalam tubuhnya darah UMNO,” ujarnya yang juga penyandang kerusi Parlimen Penggerang sejak dua penggal yang lalu.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 10:05 am. Fail ini , , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Tindakan Terdesak Calon Bebas Yang Mengaku Masih Ahli UMNO

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily