dailyvideo

Syed Hamid bantu jentera BN


KOTA TINGGI - Calon baharu Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid mendapat suntikan semangat apabila turut ditemani oleh penyandang kerusi kawasan tersebut, Tan Sri Syed Hamid Albar berkempen di sekitar bandar ini.

Syed Hamid bukan sahaja menemani beliau, malah memperkenalkan Noor Ehsanuddin sebagai calon baharu yang paling layak menggantikan tempatnya mewakili pelbagai lapisan masyarakat di kawasan berkenaan.

Turut bersama dalam rombongan berkenaan ialah calon BN, Asiah Md. Ariff yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Lama.

Rombongan tersebut mengadakan walkabout di sekitar kawasan bandar dengan menemui orang ramai dan para peniaga serta beramah mesra dengan golongan usahawan yang mengikuti kursus pengurusan kewangan di Kota Kechil.

Sebelum itu, Noor Ehsanuddin turut melepaskan Larian Mesra Belia di hadapan pasar raya Kipmart, di sini.

Dalam sidang akhbar kemudian, Syed Hamid memberitahu, sambutan dan sokongan rakyat Kota Tinggi terhadap calon BN amat baik.

"Saya yakin Datuk Noor Ehsanuddin adalah calon terbaik dan mendapat sambutan serta sokongan padu daripada orang ramai. Asiah pula memang telah dikenali di sini dan mampu memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat," katanya.

Sementara itu, Noor Ehsanuddin berkata, sekiranya dipilih beliau akan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan lagi kesejahteraan dan ekonomi masyarakat.

Beliau juga bekas Pengarah Seranta Felda di Jabatan Perdana Menteri berkata, sebenarnya Kota Tinggi mempunyai banyak aset termasuk dalam bidang pelancongan apabila mempunyai banyak tempat bersejarah dan lokasi serta pantai yang menarik.

"Selain itu, saya akan memberi tumpuan untuk menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dengan meningkatkan kemahiran dan ilmu penduduk supaya dapat menjadi tenaga kerja mahir dan separa mahir khususnya di projek minyak dan gas di Pengerang.

"Selain itu, sektor agropelancongan juga akan diberi perhatian, lagipun di sini ramai yang sudah mengusahakan perkhidmatan inap desa," katanya sambil memuji keenakan makanan di Kota Tinggi.


Sumber: Utusan Malaysia

Dikemaskini oleh Johor daily pada 10:44 am. Fail ini , , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Syed Hamid bantu jentera BN

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily