dailyvideo

Razali berazam teruskan pembangunan bandar diraja


MUAR - Datuk Razali Ibrahim yang berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Muar bagi penggal ketiga menghormati keputusan pengundi walaupun hanya mendapat majoriti 1,646 undi.

Beliau berjanji akan melipatgandakan usaha membangun dan meneruskan agenda transformasi di daerah ini yang kini dikenali sebagai Bandar Maharani Bandar Diraja.

"Saya tidak berasa sedih yang sepatutnya berasa sedih adalah pengundi. Saya hanya menawarkan diri untuk membantu dan berbakti kepada masyarakat.

"Apa yang saya boleh lakukan sekarang adalah meneruskan kerja seperti biasa untuk mereka," katanya ketika ditemui di sini awal pagi ini.

Beliau terharu kerana mendapat sokongan tinggi dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Balang dan merakam penghargaan kepada pengundi di kawasan itu kerana banyak mempengaruhi jumlah undi bagi Parlimen Muar.

"Pengundi tahu apa yang mereka undi. Ia adalah sebab kerajaan yang mereka percaya dan bukan dari perasaan mereka," katanya.

Mengulas lebih lanjut, beliau menjelaskan akan mengkaji semula majoriti diperoleh sebelum meneruskan rancangan merealisasikan transformasi yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Razali yang mendapat 20,867 undi, menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parlimen Muar, Nor Hizwan Ahmad merangkap Ketua PKR Cabang Muar yang mendapat 19,221 undi.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 10:14 pm. Fail ini , , , , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Razali berazam teruskan pembangunan bandar diraja

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily