dailyvideo

Pulihkan Fahaman Ekstremis Jadi Agenda Utama Aziz Kaprawi

Datuk Abd Aziz Kaprawi


Batu Pahat – Ahli Parlimen Sri Gading yang baru, Datuk Aziz Kaprawi meletakkan perkara pertama yang mahu dilakukannya ialah memulihkan fahaman ekstremis dalam kalangan masyarakat, terutamanya golongan muda yang agak terpengaruh dengan sesetengah pihak.

Kerusi Parlimen Sri Gading kekal milik Barisan Nasional (BN) menerusi kemenangan  bekas Adun Parit Raja, Datuk Ab Aziz Kaprawi. Sebelum ini, kerusi berkenaan disandang Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Mohamad Aziz.

“Saya mahu menghapuskan budaya tidak sihat ini, terutamanya anak muda yang mudah terpengaruh, ada sesetengahnya hanya mengikut sahaja tanpa memikirkan kesan buruk pada masa akan datang.

“Tahap kesedaran dalam kalangan sesetengah anak muda ini agak membimbangkan, dan ia perlu diselamatkan sebelum terlambat,” katanya.

Tambahnya, hasratnya itu bagi membolehkan masyarakat di kawasan parlimen berkenaan terus hidup dalam kemakmuran dan keselesaan.

Pada masa sama, beliau bersyukur kerana rakyat telah memberikan sepenuh kepercayaan kepadanya untuk menerajui Parlimen Sri Gading.

Katanya, beliau akan berusaha dengan lebih baik selain menjadikan wakil rakyat sebelum ini sebagai idolanya, dan akan meneruskan perjuangan yang telah dilakukannya.

“Pelbagai perancangan akan dibuat bagi memastikan kawasan itu akan terus mengecap pembangunan dari semasa ke semasa, dan kemudiannya menjadi antara kawasan yang termaju,” katanya.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 3:46 pm. Fail ini , , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Pulihkan Fahaman Ekstremis Jadi Agenda Utama Aziz Kaprawi

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily