dailyvideo

PRU13 Catat Sejarah Buat Norshida Ibrahim



SEGAMAT - Pertama kali bertanding dan menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mencatat sejarah tersendiri perjalanan politik Adun Buloh Kasap yang baru iaitu Norshida Ibrahim.

Dia menewaskan calon Pas, Firdaus Masod, dengan kelebihan majoriti sebanyak 3,370 undi.

Menurutnya, secara keseluruhan, kawasan Palong Timur yang menyelamatkan undi Barisan Nasional (BN) di peringkat Dun mahupun Parlimen.

“Kawasan tersebut majoriti penduduknya Melayu dan ini membantu kami untuk menang.

“Saya sedikit terkejut apabila dicalonkan tetapi terima dengan hati terbuka dan kemenangan pada PRU ini membantu saya lebih berdedikasi dan bertanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Tekadnya, beliau akan menyelesaikan isu tertunggak sebelum ini dan akan meminta bantuan daripada orang lama yang lebih berpengalaman dalam bidang politik seperti Datuk Othman Jais.

Tambahnya, perkara pertama yang akan dilakukan selepas kemenangannya ialah meraikan jentera pilihan raya yang bekerja keras membantu kemenangannya,” katanya.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 9:46 am. Fail ini , , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for PRU13 Catat Sejarah Buat Norshida Ibrahim

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily