dailyvideo

Permuafakatan antara kaum asas utama kemajuan



PASIR GUDANG 27 Mei - Konsep permuafakatan dan menghormati kepelbagaian antara kaum harus dijadikan asas utama demi mencapai perpaduan dan kemajuan di negara ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, menerusi konsep permuafakatan, rakyat di negara ini juga dapat menerima perbezaan yang ada pada setiap kaum dan seharusnya dipertahankan.

"Bagaimanapun dalam permuafakatan, harus ada kompromi, pengorbanan dan tolak ansur, namun pada masa sama setiap kaum terus mengekalkan jati diri mereka.

"Sebab itulah negara ini mempunyai sekolah aliran Cina dan Tamil dan kita turut bersama-sama meraikan sambutan pelbagai perayaan semua kaum," katanya ketika berucap dalam mesyuarat agung tahunan kali ke-5 Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Pasir Gudang di Hotel Selesa di sini semalam.

Pada majlis sama, Mohamed Khaled turut menyampaikan Pingat Jasa Malaysia kepada 20 penerima yang terdiri daripada ahli PBTM negeri ini.

Yang turut hadir ialah Yang Dipertua PBTM negeri, Onn Mohd. Yassin dan Ketua Cawangan PBTM Pasir Gudang, Kapten (B) Kamarudin Atan.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled turut menyelar pihak pembangkang yang terus mempertikaikan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) apabila menggunakan isu undi popular.

Jelasnya, pembangkang tidak seharusnya menggunakan isu undi popular bagi mengelirukan rakyat memandangkan negara ini sejak dahulu telah mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. - Utusan

Dikemaskini oleh Johor daily pada 8:11 am. Fail ini , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Permuafakatan antara kaum asas utama kemajuan

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily