dailyvideo

Perlawanan JDT-Kelantan kecoh



JOHOR BAHRU 22 Mei - Perlawanan Liga Super antara Johor Darul Takzim vs. Kelantan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin dekat sini, terpaksa ditangguhkan seketika selepas berlaku ketegangan antara penyokong kedua-dua pasukan terbabit.

Kira-kira pukul 8 malam ini, penyokong kedua-dua pasukan memulakan serangan psikologi dengan menimbulkan provokasi sehingga menyebabkan ada di antara mereka yang bertindak agresif membaling pelbagai objek termasuk botol air, gulungan resit dan sebagainya.

Bagi mengelak tercetusnya kekecohan lebih buruk, pihak berkuasa membuat penyusunan semula kedudukan penyokong Kelantan dan menempatkan lebih ramai anggota polis sebagai langkah berjaga-jaga.

Ekoran kekecohan itu, perlawanan tersebut tertangguh hampir 40 minit dan seorang penyokong Johor Darul Takzim cedera dipercayai terkena botol air. - UTUSAN

Dikemaskini oleh Johor daily pada 11:34 pm. Fail ini , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Perlawanan JDT-Kelantan kecoh

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily