dailyvideo

Penjawat Awam Perlu Berfikir Dua Kali Sebelum Undi Calon PKR Yang Gelar Mereka “Kera”



JOHOR BAHRU, -- Bekas setiausaha kerajaan negeri Johor  Datuk Suleiman Mohd Noor merayu penjawat awam di negeri itu berfikir dua kali sebelum mengundi calon pembangkang yang menggelar mereka 'kera atau monyet.

Suleiman yang mempunyai pengalaman 42 tahun dalam perkhidmatan awam negeri dan persekutuan berkata: "Saya sedih membaca laporan akhbar yang memetik calon pembangkang melabel penjawat awam sebagai 'kera'.

"Saya marah sangat. Saya juga bekas penjawat awam dan bekas pegawai tentera. Sebagai bekas ketua mereka, saya merayu semua penjawat awam di Johor, berfikirlah dalam-dalam sebelum mengundi calon ini, sebab dia menghina kita," katanya ketika diminta mengulas kenyataan calon kawasan Parlimen Johor Baharu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussein yang menyifatkan penjawat awam sebagai 'kera'.

Dalam tentera, kita diajar berdisiplin, sebaliknya, sebagai penjawat awam, "sebaik memasuki perkhidmatan awam, anda terikat dengan disiplin, undang-undang, peraturan, Akta Rahsia Rasmi dan segala-galanya.

"Awak tidak boleh menggelar mereka monyet atau kera. Bagi saya ia menghina penjawat awam. Apa berlaku jika Angkatan Tentera dihina, anda pernah dengar orang menghina Angkatan Tentera, kita tabik mereka. Saya sedih, saya sudah sampai ke kemuncak dan menjadi orang nombor satu dalam perkhidmatan awam, namun saya belum dengar sesiapa melabel kita sebagai kera," kata Suleiman yang pernah berkhidmat sebagai pegawai tentrra dalam Rejimen Melayu pada 1951.

Suleiman berkata: "bekas jeneral itu seperti orang kecewa, namun walaupun kecewa, janganlah kondem penjawat awam".

"Bayangkan orang macam ini mahu menjadi wakil kita, wakil rakyat di kawasan kita. Saya sudah pasti tidak akan mengundinya," katanya.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 1:45 am. Fail ini , , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Penjawat Awam Perlu Berfikir Dua Kali Sebelum Undi Calon PKR Yang Gelar Mereka “Kera”

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily