dailyvideo

'Pembangkang terus kelirukan pengundi Bakri'

CHRIS Lee Ching Yong (dua dari kanan) beramah mesra dengan peniaga semasa berkempen di Pasar Awam Muar di Johor

MUAR - Pembangkang di Parlimen Bakri di sini berterusan mengelirukan pengundi dengan menuduh pelbagai perkara negatif terhadap kerajaan.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bakri, Chris Lee Ching Yong berkata, pembangkang sentiasa mengaitkan kerajaan dengan perkara negatif membabitkan isu-isu nasional seperti pemberian kad pengenalan kepada warga asing sedangkan ia tidak pernah berlaku.

"Apa yang dilihat ketika ini menerusi kempen-kempen mereka terutama kepada pengundi Cina, pembangkang akan mendakwa apa yang dibuat kerajaan BN semuanya salah dan mereka mengajak pengundi untuk menukar kerajaan.

"Pembangkang selalu menanam kebencian terutama orang Cina terhadap Melayu dan kerajaan. Salah satu strategi pembangkang menarik perhatian ialah dengan menjemput pemimpin mereka di peringkat nasional dan ia mendatangkan impak negatif kepada rakyat di kawasan ini," katanya selepas melakukan tinjauan mesra di Pasar Awam Maharani, di sini hari ini.

Ching Yong yang menentang calon DAP, Er Teck Hwa berkata, pembangkang cuba menggunakan sentimen kebencian terhadap BN dan ia memberi kesan terutamanya kepada pengundi 'atas pagar'.

Sumber: Utusan

Dikemaskini oleh Johor daily pada 9:20 am. Fail ini , , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for 'Pembangkang terus kelirukan pengundi Bakri'

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily