dailyvideo

Pemandu teksi dapat TR1Ma 2.0


KLUANG - Janji kerajaan BN untuk membantu pemandu teksi ditepati menerusi pemberian baucar subsidi tayar Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) 2.0, di Pejabat Persatuan Pemandu Teksi Kluang di sini, semalam.

Pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Wilayah Selatan, Mohd Latfi Ahmad berkata, penyerahan baucar TR1Ma 2.0 kepada Persatuan Pemandu Teksi Kluang adalah bantuan sama  yang diterima pemandu teksi  seluruh negara.

Menurutnya, pemberian serupa telah diberikan akhir tahun lalu, dan diteruskan selepas kerajaan  mendapat mandat.

“Pihak kami amat berharap agar semua pemandu teksi di seluruh negeri ini memanfaatkan pemberian bantuan tayar yang diberikan kepada mereka.

“Bantuan ini secara tidak langsung dapat meringankan beban golongan berkenaan menjalankan penyelenggaraan tayar seterusnya menjamin keselamatan pemandu dan  penumpang,” katanya.
Beliau turut mengingatkan pemandu teksi agar tidak melakukan penyelewengan baucar berkenaan dengan menukarnya kepada wang tunai kerana ia satu kesalahan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pemandu Teksi Kluang, Mustakim Jalel berkata, pemberian baucar itu dapat menjimatkan perbelanjaan  pemandu teksi kerana sebelum  ini kos penukaran tayar perlu  ditanggung sendiri.

Menurutnya, seramai 144 pemandu teksi di daerah ini menerima baucar berkenaan.

“Apa yang saya harapkan adalah agar semua pemandu teksi menghargai pemberian baucar ini dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada penumpang yang menggunakan khidmat mereka,” katanya.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 1:11 am. Fail ini , , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Pemandu teksi dapat TR1Ma 2.0

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily