dailyvideo

Nur Jazlan kesal penurunan jumlah undi pemilih Cina



JOHOR BAHRU - Datuk Nur Jazlan Mohamed yang berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pulai kesal dengan kekurangan undi Cina yang disifatkannya hanya berada pada tahap 25 peratus, tidak setimpal dengan apa yang telah dilakukan kerajaan di kawasan berkenaan.

Beliau yang bertanding kali ketiga di Parlimen tersebut menang dengan memperoleh 43,751 undi, menewaskan calon Pas, Salahuddin Ayub (40,525 undi).

Walaupun menang, namun majoriti yang diperoleh beliau merudum iaitu 3,226 berbanding 20,499 undi pada pilihan raya umum sebelum ini.

Bagaimanapun, keputusan itu tidak mengganggu fokusnya dan bertekad untuk meneruskan usaha mendekati pengundi Cina dan mengkaji apa yang menyumbang kepada kekalahan BN.

"Saya rasa lega dan menerima keputusan dibuat oleh rakyat di Parlimen Pulai. Saya mendapati kehilangan undi daripada masyarakat Cina itu merupakan satu perkara yang perlu ditangani.

"Apa yang membuatkan kaum Cina tidak puas hati dan tidak mengundi BN kali ini, perlu saya perhalusi dan cari jalan penyelesaian," katanya ketika ditemui di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim selepas diumumkan sebagai pemenang kerusi berkenaan.

Beliau turut berpendapat, kaum Cina sudah terpengaruh dengan kempen pakatan pembangkang yang disifatkan agresif sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-13 ini, selain terpedaya isu nasional berbanding perkara-perkara tempatan di Pulai.

Diminta mengulas tentang Salahuddin, Nur Jazlan berkata, jumlah undi diterima Naib Presiden Pas itu bukan kerana beliau disukai rakyat di situ, tetapi disebabkan kempen media sosial dan internet.

Pada masa sama, beliau berkata, kekalahan calon BN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Rinting, Chang Mei Kee mencerminkan bahawa MCA jelas ditolak masyarakat Cina, sekali gus perlu membuat perubahan drastik.

"Mereka perlu perkenalkan calon muda yang berwibawa dan bersih daripada pelbagai isu, jika tidak mereka akan terus ditolak kaum Cina. Perlu perubahan drastik kepimpinan mereka," katanya.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 1:20 am. Fail ini , , , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Nur Jazlan kesal penurunan jumlah undi pemilih Cina

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily