dailyvideo

Masa berpolitik sudah tamat- Chua Tee Yong



LABIS - Ahli Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong membidas tindakan pihak pembangkang yang mempertikaikan keputusan PRU13 yang lalu.

Tee Yong berkata, rakyat mengetahui tindakan pembangkang yang mengemukakan petisyen di mahkamah kerana menganggap kerusi yang dimenangi oleh BN amat diragui.

“Dari segi undi majoriti adalah amat berdekatan dan kurang daripada undi yang rosak. Tapi apa yang pihak pembangkang lupa, jika mereka mengikut prinsip sebegitu, terdapat sebanyak tujuh kerusi yang dimenangi oleh pembangkang yang mana undi rosak amat berdekatan atau melebihi undi majoriti.

“Kenapa mereka tidak membantah di kerusi ini? Contohnya di Bachok. Majoriti undi adalah 200 manakala undi rosak sebanyak 900 lebih. Selain itu di Kuala Nerus, Bukit Gantang, Temerloh, Teluk Kemang dan Batu Pahat situasi begini juga berlaku,” katanya.

Menurutnya, rakyat khususnya  membuka mata dan melihat tindakan yang dilakukan pihak pembangkang yang hanya menerima keputusan di kerusi yang dimenangi oleh mereka sahaja dan tidak boleh menerima kekalahan.

Akhirnya, pihak berkenaan cuba menimbulkan isu di kerusi yang tidak dapat dimenangi sehingga mencetuskan kemarahan rakyat terhadap kerajaan dengan fakta separuh lengkap seperti kes ‘black out’.

“Contoh undi popular yang diuar-uarkan pihak pembangkang. Sebenarnya undi popular ini tiada dalam istilah perlembagaan negara kita. Jika seorang calon menang dengan majoriti 10,000 undi sekalipun, dia tetap menang satu kerusi sahaja.

“Seperti di Labis mereka (pembangkang) mengatakan terdapat ‘blackout’. Tetapi sebenarnya tidak ada pun.

“Sepatutnya jika berlaku ‘blackout’ di kawasan berkenaan, sepatutnya saya menang. Tetapi sekarang saya kalah pula di saluran itu," katanya.

Tee Yong berkata, kini bukan masa untuk berpolitik.

Katanya, pilihan raya umum sudah lepas dan sekarang adalah masa untuk membuat kerja.

"Mereka masih mempunyai hak untuk membuat petisyen tetapi apa yang paling penting adalah bagaimana kita boleh bergerak sebagai satu komuniti selepas pilihan raya untuk memastikan rakyat dapat hidup dengan aman dan damai,” katanya.

Tee Yong sebelum itu meraikan jentera dan pengundi pilihan raya Parlimen Labis di Kelab Rekreasi Pekerja dan Pedagang Bekok. Turut hadir adalah calon BN Dun Bekok, Tan Chong.

Dikemaskini oleh Johor daily pada 5:55 pm. Fail ini , , . Anda juga boleh maklumbalas dengan menggunakan RSS 2.0

0 comments for Masa berpolitik sudah tamat- Chua Tee Yong

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments



Hakcipta Terpelihara 2013 | Johor Daily
Struktur Web oleh Johor Daily